Artis / Selebriti
” Aku ke punca Sepah berpecah ? ” – Rahim Sepahtu
Video Rahim Sepahtu menjawab soalan mengenai kumpulan Sepah raih perhatian warganet. Ramai yang kaitkan perpecahan kumpulan Sepah kerana Rahim. Ini penjelasan Rahim sendiri..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Rahim Sepahtu dalam Raja Lawak Podcast bersama hosnya Radin Era dan Pak Azad. Banyak yang diperkatakan dalam podcast ini dan antaranya isu-isu hangat mengenai kumpulan Sepah.
Kata Rahim, dia sering menerima pertanyaan yang berbau negatif dan ramai yang menyalahkan Rahim sebagai punca kumpulan Sepah berpecah. Semua sedia maklum, kumpulan Sepah terdiri daripada Jep, Shuib dan Mamat. Kehadiran Rahim pada awalnya hanyalah untuk special project program Maharaja Lawak pada tahun 2013.
Jep sendiri mengingatkan Rahim pada ketika itu yang Rahim bukan ahli Sepahtu dan hanya undangan sahaja. Rahim ada bertanyakan kepada Jep, mengapa Jep memilih dirinya. Jawapan Jep membuatkan Rahim berazam untuk memberikan yang terbaik.

Ianya suatu penghormatan untuk Rahim kerana bukan mudah untuk terpilih bersama kumpulan lawak yang gah namanya. Rahim memberikan sepenuh commitment agar ianya menepati kehendak Jep. Namun rezeki tidak pernah salah alamat dan Rahim diserap menjadi ahli tetap kumpulan Sepahtu.
Jom tonton video di bawah :
Sudah ditakdirkan rezeki Rahim panjang bersama Sepahtu dan sehingga sekarang, Rahim antara watak penting dalam Sepahtu Reunion Live. Keserasian antara Rahim dan Jep juga agak baik dan mereka ‘sekepala’ apabila bekerja bersama-sama dan saling melengkapi antara satu sama lain.

Tidak perlu lagi Rahim disalahkan kerana perpisahan kumpulan Sepah. Jep pernah memberitahu kumpulan Sepah tidak pernah berpecah, cuma mereka membawa haluan masing-masing. InshaAllah suatu hari nanti dengan izin Allah pasti impian peminat untuk melihat kumpulan Sepah bersama di atas satu pentas akan termakbul.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my, IG Mstar, IG Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

