Artis / Selebriti
” Dia tahu semua 6, 7 dalam pelbagai bahasa.. ” – Watie Hanifiah
Video terbaru anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan menyebut angka 6 dan 7 dalam pelbagai bahasa raih pujian ramai. Wah hebatnya Ayash, bijak sangat ni. Comel je sebutan Ayash tu..
Ayash Affan merupakan anak terakhir peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin untuk Shuib Sepahtu. Selepas ketiadaan Siti Sarah, ibu Shuib mengambil tanggungjawab untuk menjaga Ayash. Hari demi hari, Ayash semakin menunjukkan kebijaksanaannya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash ketika berada di rumah Shuib. Watie dan Shuib menunjukkan kepada Ayash gambar ketika majlis perkahwinan mereka beberapa tahun lalu.
Ayash menyebutkan satu demi satu nama orang yang kelihatan dalam gambar tersebut. Ayash yang semakin petah bercakap ini menyebut perkataan nombor 6 dan 7 dalam bahasa Inggeris. Perkataan six, seven memang popular lebih-lebih lagi di kalangan kanak-kanak.

Kata Watie, Ayash bukan hanya dapat menyebut perkataan ini dalam bahasa Inggeris tetapi juga beberapa bahasa lain antaranya Jepun dan Spanish. Shuib ternyata gembira melihat perkembangan Ayash ini. Ayash memang bijak dan cepat belajar serta kuat ingatannya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Bijak dah ank arwah .. terima kasih mamy wati nya yg mnjaga ayash dgn penuh ksih syg..alhamdulillah
” Dah besar dah dia. Bijak sungguh. Sebijk daddy dia.. Semoga Ayash membesar jadi anak soleh yang cemerlang.. “
” Ya Allah pandai sudah dia bercakap besar sudah .. pantas masa berlalu. Alhamdulillah. Ayash clever boy sangat. Tangan kanan Ayash pun dah bnyk improvement.. “
” Masya Allah besar dah anak soleh Ayash ni.. pandai sangat dia, banyak bahasa tu, memang bijak lah ayash.. “
” Dah besar Ayash Affan.. Semakin handsome. bijak dah, alhamdulillah.. Muka,Gigi semua sbjik arwah ibu nya.. “
” Comel la dia.. budak bijak ayash ni.. macam talita versi boy lak ayash ni.. ayash dalam bahasa jawa 67 tu apa, hehe.. “
” Handsome boy.. pandai la seis siete!! Bahasa spanish 6,7. Sorang sportsman, sorang penyanyi, sorang paklawak, yang ni jurubahasa mungkin.. “
” Besar dah dia.. ayash ikut muka ibunya, petah bercakap. Budak bijak ni, boleh cakap banyak bahasa.. “
Seronok warganet mendengar celoteh Ayash yang bijak itu. Kecil-kecil sudah pandai banyak bahasa seperti ini. Semoga Ayash membesar menjadi anak yang cemerlang dunia akhirat, anak yang soleh dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

