Artis / Selebriti
” Aku perati je yang nombor 6 tu. Kemain dia eh, tak duduk diam.. ” – Komen Netizen
Video Zaquan Adha memberi taklimat dan membuat perjanjian bersama anak-anaknya sempena percutian ke Legoland raih perhatian warganet. Wah meriah betul anak ramai, macam-macam perangai. Amboi anak yang no 6 tu, bukan main ligat lagi yer, hehe..
Bekas pemain bola kebangsaaan, Zaquan Adha dan pasangannya, Ayu Raudhah bahagia dengan kehidupan mereka bersama anak-anak. Untuk info, Zaquan dan Ayu mendirikan rumahtangga sekitar bulan Januari tahun 2011 dan mereka dikurniakan dengan 7 orang anak.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zaqone_08, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Zaquan membuat satu sesi taklimat untuk anak-anaknya itu. Taklimat ini turut disertai oleh Ayu Raudhah. Tujuan utama taklimat ini diadakan adalah membuat perjanjian bersama sempena percutian mereka.
Mereka sekeluarga bakal ke Legoland dan ianya ditaja oleh mak ngah mereka, Rozita Che Wan. Banyak ragam yang terjadi sepanjang taklimat ini. Si sulung dengan pelbagai pertanyaannya, manakala anak yang nombor enam pula tidak boleh duduk diam dan agak aktif memanjat serta melompat.

Warganet tumpang gembira melihat keriuhan rumah Zaquan dan Ayu yang beranak ramai ini. Bukan mudah untuk menguruskan anak yang ramai, apatah lagi semuanya masih kecil. Baru sesi taklimat di rumah sudah seriuh ini, agaknya semeriah mana ketika percutian berlangsung nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Mak pak yg betui2 sabaaaq jaa boleh handle kids zman now 7 org. Tahniah korangg smoga anak7 membesar jadi org baik bijak pandai berjaya dunia alkhirat.. “
” Geramnya no 6 tu, boleeeeee haha.. seronok jugak anak ramai ni.. siap bagi kata dua kalau kluor mlm ni xleh main snooker.. “
” Si abang dah pening nak jaga adik satu bilik haha.. Anak sulung concerned psl bilik riso dpt adik lg.. “
” Part menyampuk ada , part kuat melalak ada, part ikut kepala dia je ada, part lari-lari tak pikir orang ada.. pakej.. “
” Coach bolasepak tgh bgi taklimat.. No 6 paling byk membantah, tak duduk diam dia sorang haha.. Syoknya anak ramai ni.. “
” Aku harap yg no 6 ni behave sebelum tiba hari nak ke Legoland, aku takut dia kena tinggal haha.. “
” Ingat nak annouce anak ke 8 tadi haha. dr awal.. aku perati je yng no 6 tu… kemain dia ehh.. geram pulak tengok. comel.. “
7 orang anak dengan 7 jenis perangai sudah tentunya memerlukan kesabaran yang tinggi untuk Zaquan dan Ayu. Apa-apa pun, semoga misi untuk ke Legoland nanti akan berjaya dan semua dapat mengawal perangai supaya tidak ditinggalkan. Selamat bercuti semuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaqone_08
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

