Artis / Selebriti
” Ala penat la duk senyum senyum je. Sweetnya Abang Long dan Kak Long.. ” – Komen Netizen
Video candid Fattah Amin dan Amira Othman ketika sesi meet and great Jakel buat ramai tersenyum sendiri. Alahai Bamtah, bukan main lagi jeling handphone Amira. Apa lah Bamtah cakapkan tu sampai Amira pun tersenyum. Sweet betul..
Nama Fattah Amin dan Amira Othman semakin menjadi sebutan, apatah lagi banyak program yang melibatkan mereka berdua. Selain Pak Mat Western, Jakel juga menampilkan Amira dan Fattah sebagai duta baju raya mereka dan ianya membuatkan peminat semakin teruja untuk matching mereka berdua.
Meninjau entry di akaun Tiktok Im_yourgirl06, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah dan Amira yang dirakamkan secara diam tanpa mereka sedari. Kelihatan Amira sedang membaca sesuatu di handphone miliknya sambil Fattah yang berdiri di tepi Amira memerhatikan.
Fattah seakan menyebut sesuatu dan Amira kemudian tersenyum sambil mereka berpandangan antara satu sama lain. Aksi pasangan ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang tersenyum sendiri. Sememangnya semenjak dikaitkan mempunyai hubungan, warganet seakan merestui seandainya Fattah dan Amira berjodohan.

Melihat aksi Fattah dan Amira itu walaupun tanpa suara sudah cukup menceritakan hubungan mereka semakin akrab sebagai rakan sekerja. Selepas satu, satu projek yang menggandingkan Fattah dan Amira. Mungkinkah impian warganet untuk melihat Fattah dan Amira ke jinjang pelamin akan menjadi kenyataan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@im_yourgirl06 #jakel #teamfattahamin #fattahamin #amiraothman #CapCut #bilanakkahwin #fyp #fypage #xybca #doayangbaikbaik #2025 #fyppppppppppppppppppppppp #CapCut
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau betul. untung besar. dpt lebih muda dan cantik. ada kerjaya juga. jom doakan supaya Amira Othman dan Fatah Amin berjodoh.. “
” Penatlah canggini… Adoii bila nak declare ni.. ini bkn setakat penat, Kepala dah berpinar tengok gelagat 2 ketoi ini, lama kita yg mereng dah senyum dan blushing setiap kali 2 ketoi live, buka tt keluar fyp.. “
” Tak sabar nak dgr berita gembira… Tolong tolong saya pun jd angau sekali, laki sendiri pun pening tengok bini blushing jer.. bila mereka akan disatukan dan berbahagia hingga ke jannah.. “
” Dah tak dapat jalan kluar lagi nih.. rounding jek la kita.. dok tgk2 senyum sendiri. aku pun dah terikut penyakit korang ni.. senyum² tgk mereka.. “
” Sweet nye abang long dan kak long.. bagai pinang dibelah dua.. cantik merpati 2 sejoli ni.. Amira cantik sgt tengok depan2. Hidung mancung & lemah lembut. Herlokkk sgt.. “
” Ala penat la dok senyum senyum je.. Sejuknya hati saya tengok dua insan mulia ini.. jodohkan mereka Ya Allah.. “
” Suka sgt tgk amira ni dgn fattah… klau dh jeling2 hp tu mcm ia je… ada harapan kot.. moga yg baik2 untuk mereka.. “
Manalah tak tersenyum seorang diri para peminat Fattmira apabila menonton video ini, chemistry antara mereka itu membuatkan Fattah dan Amira kelihatan sweet apabila berdua. Makin ramai yang mendoakan moga Fattah dan Amira berjodohan, mungkinkah tahun ini Kak Long akan kahwin, sama-sama kita nantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Im_yourgirl06
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

