Artis / Selebriti
” Betul lah Fattah cakap, sekarang dah tak sama macam dulu.. ” – Komen Netizen
Respon Fattah Amin apabila ditanya mengenai video viral anaknya, Nur Fatima Aisya kata tidak sayangkan daddy raih perhatian warganet. Ini penjelasan Fattah..
Sebelum ini tular video memaparkan anak Fattah Amin dan Fazura, Nur Fatima Aisya mengatakan dia tidak sayangkan daddy dan tidak memerlukan daddynya lagi. Ianya meraih pelbagai pandangan baik yang positif, mahu pun negatif daripada warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah ditemubual oleh wartawan dan menjawab mengenai isu Fatima. Fattah ditemui ketika majlis meet and great duta-duta Jakel di Wisma Jakel Shah Alam.
Fattah seperti biasa tetap tenang dan tidak melatah dengan soalan-soalan panas yang diajukan oleh wartawan. Kata Fattah, bagi dirinya ia normal untuk Fatima yang baru berusia 4 tahun. Fatima masih sama seperti dulu, manja dan banyak ceritanya setiap kali mereka bertemu.

Fattah ada juga bertanyakan kepada Fatima, sama ada Fatima sayangkan daddy atau tidak dan jawapannya adalah sayang. Tambah Fattah lagi, keadaan sekarang tidak seperti dahulu. Bukan setiap hati Fatima dapat berjumpa dengan Fattah dan ada jadual lawatan yang perlu diikuti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah kasih syg yang Daddy tunjukkan tu lah yg paling penting buat Nyamma skrg ni. semoga Daddy Fatima terus success.. “
” Ye tahhh.. anak aku sebaya fatima.. baru sat ni dia ckp i don’t love u ibu. sebab aku x belikan dia sundae mcd. nasib la aku bukan ghetis, kalau x habis berbakul nitezen kecam.. “
” Terbaik abg tah… think positif.. Betul tu fikir yg baik2 untuk both parents & anak nya. Allah Maha Baik.. “
” Very positive.. Kata2 seorang ayah yg matang dan memahami anak dia. Pikir positive gaiss.. Kesian kan utk Fatima yg berusia 4 TAHUN utk alami penceraian mommy daddy.. “
” Mungkin fatima merajuk jarang jumpa ayahnya..anak2 biasa mcm tu merajuk ikut suka cakap,dia kadang bukan faham apa yg dia cakap.. “
” Betul lah fattah cakap .. sekarang dah tak sama macam dulu. Budak2 biasa la… kjp gado kjp kwn… tp sebenarnya dia rsa sedih je bkn benci… kte org dewasa kena faham bhsa budak2 ni.. “
” Jawapan yang bernas.. Co parents penting fattah pun ckp faz n dia buat yg terbaik tuk anak.. Patutla Fatima syg daddy.. daddy sgt cool.. “
Ramai yang bersetuju dan memuji cara Fattah menjawab soalan wartawan itu. Pastinya Fattah dan Fazura sama-sama sedang berusaha untuk menjadi co-parenting partner yang terbaik untuk Fatima. Tidak perlu lagi dibahaskan siapa yang Fatima sayang atau tidak sayang kerana Fatima masih kecil untuk diberi tekanan seperti ini. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah, Fazura dan Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Fattah Amin, IG Nurfatimaisya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

