Artis / Selebriti
” Alahai putihnya baby Dahlia. Alhamdulillah selamat berpantang Dahlia.. ” – Komen Netizen
Dahlia Rizal kongsi berita gembira selamat melahirkan cahayamata sulungnya raih perhatian warganet. Wah putih gebu baby Dahlia, nama pun sedap. Tahniah Dahlia..
Semalam, penyampai radio Era, Imran Aqil ada berkongsikan gambar dan memaklumkan dirinya sedang menemani isterinya, Dahlia Rizal yang sudah mula mengalami kontraksi untuk melahirkan cahayamata sulung mereka. Ramai yang mengirimkan doa agar segala urusan Dahlia untuk bersalin berjalan dengan mudah.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Dahlia Rizal, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Dahlia telah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Wajah bayi ini ditutup dengan emoji, namun masih menampakkan sedikit bahagian wajah si kecil yang putih gebu dan chubby.
Dahlia melahirkan bayinya ini secara pembedahan dan kedua-duanya sihat. Dahlia turut memaklumkan bayinya ini lahir dengan berat 2.85 kilogram. Tumpang seronok warganet melihat kegembiraan Dahlia dan Imran itu. Pastinya baby ini bakal secantik mommynya apabila besar nanti.

Peminat Dahlia sememangnya menantikan untuk melihat wajah bayi Dahlia itu. Lebih istimewa, bayi Dahlia lahir sama bulan dengan Dahlia. Meriah lah rumah Dahlia dan Imran dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka ini. Fasa baru sebagai ibu bapa bermula untuk Dahlia dan Imran.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 98 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
“Alhamdulillah. Congrats korang.. moga dipermudah segala urusan and dipermurah rezeki.. comel sangat baby yusra, nama best.. “
” MasyaAllah Alhamdulillah, congratulations koranggggg.. Sooo happy for you guys.. enjoy parenthood.. “
” Dahliaaaaa.. Ahhh Dahlia dah besar dah jadi mommy.. congratulations to you, take care… heal well.. Goodjob mommy. Have a beautiful mommy n daddy life.. “
” Alhamdulillah. Welcome to Mom’s Club.. selamat berpantang Dahlia.. Welcome to this world Yusra sayang dan rest well mummy cepat sihat.. “
” Tak sabar nak tengok Yusra.. putih gebu betul baby Yusra.. mesti comel sangat.. Alhamdulillah .. tahniah si cantik dshazall .. ni barulah mummy fighter.. “
” Alhamdulillah mesti cantik macam mommy dia.. Alahai putihnya baby Dahlia.. Alhamdulillah selamat berpantang Dahlia.. tahniah korang.. “
” Alhamdulillah, CRYINGG.. dok tgok my girl crush dari dia sekolah sampai dah jadi mommy Allahuakhbar, happy for you Dahlia.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Dahlia. Pastinya segala rasa sakit dan penat Dahlia berbaloi dan terbayar apabila melihat wajah si kecil yang comel itu. Tahniah daripada kami di Berita Kopak untuk Dahlia dan Imran Aqil. Selamat berpantang Dahlia dan semoga cepat sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dahlia Rizal, IG Imran Aqil
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

