Artis / Selebriti
” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
Video isteri Radin Era, Nur Amirah menjelaskan salasilah keluarga dan hubungannya dengan Dahlia Rizal yang menjadi tanda tanya ramai. Ini penjelasan tuan badan sendiri. Fuh ramai betul selebriti dalam keluarga Mira dan Dahlia ni..
Selepas berlangsungnya majlis pernikahan antara Radin Era dan isterinya, Nur Amirah Shamsulbahrin, ramai yang mempersoalkan mengenai hubungan Amirah dan pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal. Ini kerana Dahlia ada berkongsikan gambar dan kapsyen tahniah untuk kakaknya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amirah menjelaskan mengenai persoalan yang timbul itu. Dek kerana terlalu banyak spekulasi yang tidak tepat tentang hal ini, team pagi Era mengajukan soalan ini kepada Amirah.
Kata Amirah, dia dan Dahlia adalah adik beradik tiri, mereka berlainan ibu dan ayah. Selepas ayah Amirah dan ibu Dahlia bercerai dengan pasangan masing-masing, mereka berdua berkahwin. Anak hasil perkahwinan terdahulu itu lah yang menjadikan adik beradik Amirah dan Dahlia dikumpulkan menjadi 10 orang.

Tidak hanya itu, pelakon Syafiq Kyle dan Farah Nabila juga berhubung kait dalam keluarga Amirah dan Dahlia. Memetik kata Nabil, ramai selebriti dalam keluarga besar Amirah dan Radin dapat bertemu selebriti tersebut setiap kali mereka berkumpul terutamanya ketika sambutan hari raya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Kalau tak faham lagi, boleh tengok posting family tree Dahlia dekat Thread hehe.. semoga perkahwinan yang dibina radin dan mira kekal hingga ke jannah.. “
” Huhu panjang sangat salasilah keluarga Mira dahlia ni.. kena buat filem hehe.. “
Penjelasan yang cukup jelas daripada Amirah mengenai salasilah keluarganya itu. Apa yang penting, hubungan adik beradik Amirah dan Dahlia akrab dan mereka seperti adik beradik kandung sekali pun bukan lahir dari rahim yang sama. Ikatan kekeluargaan mereka utuh berkat asuhan kedua ibu bapa.

Terjawab sudah persoalan yang berlegar dalam fikiran warganet mengenai Amirah dan Dahlia. Namun jika ada yang masih belum memahami penerangan daripada Amirah ini, bolehlah melihat posting family tree yang Dahlia post di akaun Thread miliknya baru-baru ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Dahlia Rizal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

