Viral
” Alhamdulillah, rezeki kau adik. Terima kasih Tengku Permaisuri Norashikin.. ” – Netizen
Kisah Adik Nur Athirah Yang Keh1langan Motosikal Dapat Perhatian Tengku Permaisuri Norashikin Dan Terima Sumbangan Peribadi Daripada Baginda !!
Tular di media sosial cerita akan seorang gadis bernama Nur Athirah Abdul Latif yang keh1langan motosikalnya kerana telah dicur1 ketika sedang bekerja. Malah siapa sangka, kisah adik ini juga turut mendapat perhatian daripada DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
Menerusi kenyataan di akaun Instagram Selangor Royal, baginda telah turut bersed1h apabila membaca berita tentang adik Nur Athirah itu. Malah Baginda juga telah berkenan menghadiahkan kepada adik Nur Athirah sebuah motosikal baharu semalam.
Baginda juga turut berharap dengan pemberian sumbangan tersebut, adik Nur Athirah akan dapat kembali bekerja dengan sempurna dan membantu keluarganya dalam mencari rezeki selepas keh1langan satu-satunya kenderaan yang menjadi punca rezekinya.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz. Titah Baginda lagi, di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini, Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat perikemanusiaan dan bertimbang rasa antara satu sama lain.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CHP0Dj8HYSB/
Meninjau di ruangan komen, para netizen rata-ratanya meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tengku Permaisuri Norashikin atas sumbangan Baginda. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Syukur dalam keadaan skrg ni org sanggup buat apa saja.. Apa pun tahniah terutama DYMM Raja Permaisuri Selangor yg prihatin.. “
” Menjunjung kasih DYMM Tengku Permaisuri Selangor, semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dilindungi oleh Allah.. “
” Alhamdulillah. Semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku dan Tengku Permaisuri Selangor.. Terima kasih Tuanku atas sumbangan .. “
” Daulat Tuanku Raja Permaisuri.. May Allah swt bless you always. Semoga Allah Kurniakan Segala Ganjaran Pahala Dan Kemuliaan Kepada Duli Duli Tuanku.. “
” Allahu.. Menjunjung kasih Tuanku.. Sangat berharga bantuan itu kepada saudari Nur Athirah, semoga Allah murahkan rezeki Tuanku sekeluarga.. “
” ” Alhamdulillah, rezeki kau adik, terima kasih Tengku Permaisuri Norashikin, semoga kebaikan tuanku dibalas oleh Allah, aamin.. “
” Alhamdulillah, semoga Athirah dapat meneruskan urusan mencari pendapatan untuk keluarganya dan semoga Tuanku Permaisuri sentiasa dibawah lindungan rahmatNYA.. “

Alhamdulillah, prihatinnya seorang permaisuri kepada rakyatnya. Kami dari Berita Kopak turut meluahkan rasa syukur atas sumbangan peribadi Tengku Permaisuri Norashikin kepada adik Nur Athirah itu. Semoga Allah kurniakan ganjaran pahala buat Tengku Pemaisuri sekeluarga. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Selangor Royal Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

