Viral
” Tudiaaaa besaqnya jam dia, hahaha.. ” – Netizen
Video ‘Throwback’ Adik Adyna Summayyah Yang Begitu Teruja Kembali Ke Sekolah Selepas PKP. Part Mayah Bawa Keluar Jam Dari Beg Tu Memang Buat Ramai Terhibur, Ad0i Lawak Lah Mayah !!
Siapa ingat lagi adik ni, yang gambarnya telah menjadi tular di laman sosial media. Pernah tular dengan sebuah video yang petah bercakap dalam loghat kedah, adik Adyna Summayyah dengan menyebut ‘ makanan pun beli sendiri na’ buat ramai terhibur.
Bagi yang mengikuti adik ini di akaun Instagram, pasti tidak kering gusi akan perkongsian video-videonya yang begitu kelakar. Jika sebelum ini, kami kongsikan video adik Summayyah mahu menjadi model, kali ini kami berkongsi pula video ‘thr0wback‘ adik Summayyah yang begitu teruja kembali ke sekolah selepas PKP lalu.
Video tersebut memaparkan adik Summayyah ini begitu seronok untuk bertolak ke sekolah pada awal pagi. Kanak-kanak yang baru berusia 7 tahun ini memang seorang yang petah bercakap malah gayanya bercakap seperti orang dewasa sering membuatkan ramai terhibur.

Kelihatan adik Summayyah telah memeriksa beg sekolahnya, satu persatu dilihatnya sebelum bergerak ke sekolah. Mungkin tak0t apa yang tertinggal, kerana ia adalah hari pertama dirinya kembali ke sekolah. Namun dipertengahan video itu, adik Summayyah telah mengeluarkan satu jam dari begnya dan menjadi perhatian ramai.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
Di ruangan komen ramai yang terhibur akan perkongsian video oleh adik Summayyah pada kali ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Aunty baru follow adik Mayah ni.. Bila tgk adik ni rasa sayang.. Semoga jadi anak yg cemerlang dunia akhirat ye nak.. “
” Terhibur lah tengok video budak kecik ni, memang kering jer muka tu kalau buat lawak, belajar rajin-rajin noh.. “
” Awat yang besaq jam tu, nanti suruh cikgu gantung jam tu kat kelas, senang pakat semua boleh tengok.. “
” Hahaha adik oi, besar betul jam, kalau tak tepati masa memang lah, jam tu besar gajah.., hehehe adoi lawak betul.. “
” Lawak laa mayah oiii..awat cek bwk jam besaq tu, moga Allah swt jaga adik Mayah… Comel sungguh lah peranga1 budak ni.. “
” Biaq betoi bawak jam dinding tu, hahaha mungkin cikgu suruh bawa kot, nak ajar waktu tengok jam, bijak-bijak.. “
” Tudia, besaqnya jam dia, hahaha.. Hang kalut sampai terbawa jam dinding ka makyah oiii, heheh ker4s perut aku tengok.. “

Video yang dikongsikan oleh adik Summayyah ni sememangnya kelakar dan mencuit hati serta buat ramai yang terhibur dengan gelagatnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga adik Summayyah menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam pelajaran. Aamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adyna Summayyah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

