Artis / Selebriti
” Amayan ni tak boleh simpan rahsia, habis pecah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan bercerita dengan Dato’ Aliff Syukri pengalaman berjumpa Nabil Ahmad di set MeleTOP. Alahai sopannya panggil Encik Nabil, kaw-kaw Amayan review pasal Nabil. Part Papa marah Nabil tu terkejut betul..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Me_media33, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live terbaru Dato’ Aliff Syukri bersama anak terunanya, Ammar Ahyan. Ramai yang ternanti-nantikan siaran langsung gandingan anak dan ayah ini kerana karakter mereka yang berbeza dan melucukan.
Menerusi video perkongsian ini, Ammar bercerita mengenai pengalaman kali pertama muncul di rancangan hiburan MeleTOP. Kata Ammar, dia tidak menyangka studio MeleTOP hanya green screen dan tidak seperti yang ditayangkan menerusi TV.
Ammar juga bercerita mengenai pengacaranya, Nabil Ahmad. Ini sudah pun kali ke 3 Ammar bertemu Nabil selepas pertemuan mereka di konti Era dan mengikuti program Era di Pulau Pinang. Dato’ Aliff bertanyakan kepada Ammar pendapatnya mengenai Nabil.

Panjang lebar Ammar menjelaskan siapa Nabil di matanya. Ammar turut memberitahu Dato’ Aliff yang dia selalu mengikuti live Nabil dan memberikan Nabil gifts tetapi sayangnya Nabil langsung tidak perasan. Ammar turut memuji keperibadian Nabil yang menyenangkan.
Jom tonton video di bawah :
@me_media33 Pengalaman Ammar Ahyan Berjumpa Nabil Di Meletop #terlajaklaris #malaysia #fyp #tiktok #gosip #viral #TiktokMalaysia
Hampir 10 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini setakat ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amayan ni xleh simpan rahsia.. hbs pecah haha.. Aduh nabil ni pun.. bergurau dgn budak2 ni elok2 la sikit haha.. amayan ni tak faham apa maksud nabil tu.. “
” Encik nabil slalu tnya soalan2 mcm abah haha.. berdekah aku dengar ayat ni.. dia review Encik Nabil pulak, jujur terlajak lah Amayan ni.. “
” Adoiii terkejut hei encik nabil.. camtu je papa switch emosi dia haha.. dengan kita sekali terkejut papa marahkan Nabil untuk Amayan haha.. “
” Mana satu nih, nak review beg ke nak review nabil haha.. abis nabil dia dh ngaduu dgn bapak dia ehh . semua dia jujurr haha.. “
” Adoi Amayan tak marah, dato pulak marah.. makin kelakar tengok dorang berdua ni.. amaryan ni kan dlm lurus dan jujur dia sbnrnye dlm diam pun dia lawak.. “
” Memang lurus betul Ammar ni, tak pandai tipu.. Encik Nabil ni buat hal laa.. Aku terkejut papa marah Nabil sebab tak perasan Amayan bagi gift.. “
” Apa lagi yang besar Ammar, aduhai lawak.. memang lurus jujur Ammar ni. dia cerita semua takde sorok langsung. Review Nabil paling jujur ni.. “
” Tapi dia pun suka tanya soalan-soalan macam abah, berdekah bila dengar Amayan cakap ni haha.. dia tak faham maksud nabil haha. klau dia faham dia tak akan cakap dekat live.. “
Cara Ammar bercerita dengan abahnya itu mencuit hati wargamaya. Jujur sungguh Ammar, tiada satu pun yang Ammar sembunyikan daripada abahnya itu. Apa-apa pun, semoga Ammar tetap dengan sikap jujurnya ini dan menjadi anak yang soleh untuk papa laris dan mama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Me_media33
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

