Artis / Selebriti
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
Video Temubual Fattah Amin Dalam Podcast Borak Dulu Baru Kamu Raih Perhatian Ramai. Hebatnya Kata-Kata Seorang Fattah Amin. Nasihat Fattah Cerminan Siapa Fattah Yang Sebenar..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dimuatnaik sedutan video yang memaparkan Fattah Amin muncul sebagai tetamu dalam podcast Borak Dulu Baru Kamu bersama hostnya, Ubai pada 7 bulan yang lepas. Banyak yang diperbualkan oleh mereka berdua dan salah satu yang menarik adalah nasihat Fattah untuk semua pendengar.
Pada awalnya, Ubai bertanyakan kepada Fattah apa yang Fattah ingin orang ingat mengenai dirinya sekiranya Fattah sudah tiada. Jawapan Fattah cukup bernas dan dia mahu dikenali sebagai seorang anak yang baik, ayah yang baik, suami yang baik dan artis yang baik kepada peminatnya.
Ayah Fattah adalah insan yang banyak membentuk Fattah dan memberikan nasihat yang berguna. Pokoknya adalah solat dan dalam kehidupan, sesibuk mana pun, solat jangan sesekali ditinggalkan. Fattah juga ada menyentuh betapa baik dan sikap positif bekas isterinya, Fazura dalam kehidupan mereka.

Ungkapan Fattah dan tutur katanya yang tersusun meraih pujian daripada warganet. Ramai di kalangan warganet yang bersetuju Fattah adalah contoh lelaki yang baik dan boleh dijadikan contoh. Sekuat mana pun dugaan, Fattah masih memegang prinsipnya, ‘ Percaya Allah ‘.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah knp ak ngis ni… fattah seorg ank, suami yg soleh n baik. Allah.. bila jadi gini.. tak ke rasa betapa dia tahu susah payah isterinya. Betapa dia beryukur.. “
” Allahuakbar sejuk hati dengar.. Ciri2 org baik.. Ckp semua yg baik2 Dan positif.. Kalau ade buruk pn tetap dia simpan.. “
” Kita akan diuji dgn apa yg kita ada n kita syg.. supaya kita xlupa pada Dia yg satu.. Untung la siapa yg dapat dia lepas ni.. “
” Solat, solat dan jaga solat.. Rata2 sorg istri nak sgt sorg suami yg jaga solat, mampu membimbing, sbb zmn skrg ni sgt limited lelaki begini, ade tu ade tapi xbnyk.. “
” Fattah Amin kena ingat kata-katanya yg ini. Skrg Allah tgh ujian dia utk jadi lebih baik. Be strong FA.. “
” Orang baik Allah syg.. Allah uji dia.. Lelaki yg baik utk perempuan yg baik… semoga Allah sentiasa memudahkan insan2 yg menjaga solat mcm FA.. “
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu.. nampak aura anak yang soleh pada Fattah ni.. kalau boleh teguh solatnya, pasti terjaga akhlaknya.. “
” Fatah sentiasa memuji isterinya dalam mana2 wawancara.. Ruginyaa tinggalkan seorang lelaki yg menjaga solat. Akhir zaman ni susah nk cari yg menjaga solat.. “

Nasihat yang berguna daripada Fattah. Dalam hidup ini sebagai seorang muslim, solat wajib diletakkan sebagai nombor satu. Teguhnya iman, lapangnya hati apabila kita percaya kepada Allah dan semua yang telah ditetapkan. Semoga segala yang baik-baik untuk Fattah dan dipermudahkan segala urusan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Youtube Channel Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

