Artis / Selebriti
” Ara and Ayden harmonization at this age so impressive, lagi-lagi lagu Golden tu.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna berduet menyanyi lagu Golden dan Akhirnya Kamu. Wah power lah suara dua-dua. Penghayatan memang A+ lah si Ara tu. Ekpresi wajah tu geram je tengok, cute sangat..
Didi Astillah sering melayani anak-anak Bella Astillah, Ayden Adrean dan Ara Adreanna menyanyi ketika sedang live. Ada sahaja kerenah mereka menghiburkan viewers ketika itu. Baik Ara mahu pun Ayden, kedua-duanya memang petah bercakap dan fasih dalam bahasa Inggeris.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Azzarinanorani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live terbaru Didi bersama Ayden dan Ara. Adik dan abang ini menunjukkan bakat menyanyi mereka dan kali ini mereka berduet 2 buah lagu.
Keterujaan Ara ingin menyanyi sehinggakan Ara menutup mulut Didi agar Didi tidak ikut menyanyi bersamanya. Lagu popular siulan ramai, Golden dinyanyikan dengan cukup baik oleh Ara dan Ayden. Didi sendiri tidak menyangka Ara menghafal lagu ini kerana tidak pernah menyanyikannya di hadapan Didi.

Selepas itu, mereka berduet pula lagu mommy mereka berjudul Akhirnya Kamu. Pandai Ayden dan Ara mengharmonikan lagu nyanyian mereka dan ianya sedap didengar. Ramai yang memuji suara Ara dan Ayden. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Jom tonton video di bawah :
@azzarinanorani Ara tempoyot & Ayden bersama tita love @Didi Angel Astillah #bellaastillah #syedsaddiq #teambella #bellaastillahfcofficial #fypppppppppppppppppppppp
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku yang dah besar ni pun tak pandai nak nyanyi lagu english dikkk.. Anak2 Bella papa saddiq bijak cerdik.. “
” Sedap sungguh suara Ayden dan Ara ni.. memang bakat menyanyi dorang kuat betul.. dengan muka muka sekali ye memainkan peranan tahu.. bibir tu haha.. “
” Aku duk fokus dekat mulut Ara je sebab comel.. tgok muka araaa… full of expression.. potensi anak2 bella, dari sorrunding & vibes family yg tersayang.. “
” Ara & Ayden harmonization at this age so impressive lagi2 lagu Golden tu.. power suara both Ayden dan Ara.. “
” Talented & Gifted both anak2 Bella.. MasyaAllah, Alhamdulillah.. Power suara diorang walaupun masih kecik.. sumpah comel muke ara sambil nyanyi.. “
” Amboi ara dgn Ayden pandai betul boleh kalahkan mummy ni.. Ayden & Ara boleh buat lagu raya 2026… Meriah.. pandai ara tarik.. merdu suara Ara ni tahu, lembut.. “
” Araa and Ayden are very smart and clever.. muka ara memainkan peranan betul.. siap tutup mulut didi tak bagi didi nyanyi.. ara tempuyut ni ikut betul bakat momy nya.. “
Kecil kecil cili padi, anak-anak Ara ini memang ada bakat dalam nyanyian. Ayden dengan suara serak-serak basahnya dan Ara pula lembut sahaja suaranya. Next boleh lah Bella menyanyi bersama-sama Ayden dan Ara. Tentu meriah apabila anak-anak dan ibu bergabung.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azzarina
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

