Artis / Selebriti
” Awak pakai cincin awak dah kahwin ke ? ” – Fazura
Video Fazura bertanya secara spontan mengenai cincin kepada Que Haidar ketika live buat warganet teruja. Amboi concern betul Faz ni. Laju je Que jawab tu. Sweet lah FazQue ni..
Semenjak digandingkan bersama untuk Jakel, nama Fazura dan Que Haidar menjadi sebutan warganet. Ramai yang ‘kenenkan’ Fazura dan Que apatah lagi setelah Que sering mengikuti live Fazura dan memberikan banyak gifts kepada rakan sekerjanya ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cyberjayaviral, telah dimuatnaik satu sedutan video yang memaparkan Que live bersama Fazura malam tadi. Sejak dari awal sehingga ke akhir live, pasangan ini kelihatan malu-malu, namun tetap berbual santai walaupun usikan demi usikan kedengaran di belakang Fazura.
Menerusi video ini, Fazura menyedari Que memakai sebentuk cincin di jari manisnya. Fazura secara spontan bertanyakan kepada Que adakah Que sudah berkahwin. Ini kerana cincin yang dipakai oleh Que itu seperti cincin perkahwinan. Team Fazura pula mengusik Fazura kerana pertanyaannya itu.

Que pula tidak berselindung dan pantas menjawab dirinya belum berkahwin. Que juga mengatakan, Fazura juga memakai cincin di kedua-dua belah tangannya. Bak kata Que, cincin bukan dipakai di tangan tetapi di jari jemari. Tergelak Fazura mendengar ayat oleh Que itu.
Jom tonton video di bawah :
@cyberjayaviral Keadaan gelagat fazura dan que haidar dalam live buat orang ramai terhibur #viral
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel plak fazura dok awk saya awak saya. Biase i u. Awak saya mcm br kenal.. tahu2 kahwin dorang ni nnti. mana tahu jodoh hikhik. Aminnn.. “
” Suka sangat dengan 2 idola ni… sopan je semoga ALLAH berikan yang baik-baik je… jom semua kita doakan… mereka juga layak untuk bahagian… Amin Allahumma Aamin.. “
” Rakan sekerja kan.. mana tahu akan rakan serumah akan datang.. Yg baik baik kita doakn ajee kawan-kawan.. “
” Saya masuk live dorang ni malam tadi dari mula sampai end live sopan je keduanya…bagus Faz n Que.. “
” Tak fahamlahhh, kawinn je la koranggg.. huru hara hidup aku.. duo2 jdi malu.. dia org mmg suka main sorok2 ya klu live.. Sweet laaaaa.. “
” Eeee.. Asal kite semua yg blushing.. dua2 masuk air.. abg Jamil kenyang dah dpt borak dgn faz.. Faz punye concern tanya bab xmakan lahi tu beliak mata sampai takut que.. “
” Eh cute la awak ni Fazura.. dua dua perlukan perhatian.. Hamboi hamboi dua orang ni suka ye bergurau.. ”
Terhibur warganet dengan telatah 2 bintang kesayangan ramai ini. Berkomunikasi dengan sapaan ‘ awak ‘ dan ‘ saya’, Fazura dan Que memang sopan santun orangnya. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Fazura dan Que dan kedua-duanya gembira selalu dengan kehidupan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cyberjayaviral
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

