Artis / Selebriti
” Wey, sebak baca ayat Achey untuk Fad. Semoga persahabatan korang hingga ke syurga.. ” – Komen Netizen
Video Achey Bocey buat kejutan sempena hari lahir Fad Bocey buat ramai tersentuh. Touching tengok part Fad terkedu bila tengok Achey datang bawa kek kat set..
Meninjau di akaun Instagram milik pelawak terkenal, Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Achey bersama isteri dan anak mereka pergi membuat kejutan istimewa buat sahabat baiknya, Fad Bocey. Difahamkan, kejutan tersebut dilakukan di sebuah lokasi penggambaran ketika Fad sedang sibuk menjalani sesi shooting.
Menerusi video berkenaan, kelihatan Achey membawa sebiji kek khas sempena hari lahir Fad. Kehadiran Achey sekeluarga membuatkan Fad terkejut dan tidak menyangka dirinya diraikan dalam suasana yang cukup sederhana namun penuh bermakna. Wajah Fad jelas mempamerkan rasa terharu sebaik sahaja melihat sahabat baiknya itu muncul secara tiba-tiba.
Namun begitu, dalam suasana penuh emosi itu, Fad sempat juga mencuit hati ramai apabila membuat gaya seakan-akan merajuk sebelum kedua-duanya saling berpelukan erat. Momen tersebut memperlihatkan betapa akrabnya hubungan persahabatan mereka yang telah terjalin sekian lama dalam industri hiburan.

Perkongsian video itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Di penghujung video, dipaparkan gambar kenangan lama Achey dan Fad bersama arwah sahabat baik mereka, Abam Bocey. Paparan tersebut nyata menyentuh hati ramai yang masih merindui kehadiran Allahyarham.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wey, sebak baca ayat Achey untuk Fad. Semoga persahabatan korang hingga ke syurga.. Selamat hari lahir Fad.. “
” Sebak nya baca.. Ikatan persahabatan tu paling penting.. Semoga persahabatan korang kekal selamanya.. Walaupun arwah Abam dah takde, bagi kami Bocey tetap bertiga selamanya.. “
” Ada satu perasaan sebak bila nampak gamba dan video achey dgn fad atau gambar dgn arwah. Mungkin sebab sy tak pernah missed tgk MLM dulu tiap2 tahun.. “
” Persahabatan dan ikatan ukhwah yang tidak boleh dibeli mahupun ditukar ganti.. Ukhwah yang mengalir ibarat pertalian adik beradik walaupun lain ibu dan bapa.. “
” Saya suka ukhwah korang … Moga terus lah bersama sampai syurga… Bersinar lah seperti bintang kerana kami rindu lawak Bocey … Bocey selamanya..
” Wei depa smbut birthday tau, awat aku plk yg qeyau tgk video nie.. Happy birthday fad.. AL FATIHAH buat arwah Syed Umar Mokhtar.. “
” The way fad pandang achey, ya allah sedihnye. Nampak betapa syg nya fad kat achey. Alhamdulilah, semoga ikat ini akan kekal sampai bila2. Selamat hari lahir Fad.. “
Selain itu, warganet meninggalkan komen yang memuji keutuhan persahabatan mereka serta mendoakan agar ikatan itu terus kekal hingga ke akhir hayat. Momen sederhana namun sarat dengan nilai persahabatan ini jelas membuktikan bahawa kenangan bersama sahabat sejati akan sentiasa terpahat di hati, walau apa jua yang berlaku.
Komen Fad :


Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

