Artis / Selebriti
” Ayat express Aqish ni confirm buat orang berdekah gelak, haha.. ” – Netizen
Zaki Yamani Kongsi Video Di Sebalik Tabir Pembikinan Muzik Video Lagu Mat1 Rasa Bersama Puteri Balqis Buat Peminat Terhibur. Lawak Betul Ayat Aqish Bagi Pada Zaki. Bila Dapat Partner Gangster, Redha Je Lah Zaki. Haha !!
Zaki Yamani semakin mendapat tempat di hati peminat. Tidak hanya kerana status Zaki bergelar anak kepada Dato’ Jamal Abdillah tetapi juga kerana bakat dan suara merdu yang Zaki miliki. Zaki bakal keluar dengan single barunya berjudul Mat1 Rasa tidak lama lagi.
Tidak lengkap rasanya single baru tanpa muzik video dan Zaki dalam proses menyiapkan MV lagu tersebut. Kali ini, Zaki sekali lagi bekerjasama bersama pelakon serba boleh, Puteri Balqis. Memandangkan mereka pernah bergandingan sebelum ini, jadi kedua-duanya sudah serasi dan tidak kekok apabila berlakon bersama-sama.
Meninjau akaun Instagram Zaki Yamani, telah dikongsikan video di sebalik tabir salah satu part dalam MV yang mana Zaki perlu melambaikan tangan kepada Puteri Balqish. Dapat didengar suara director memberikan arahan kepada Zaki dan Puteri Balqish.

Yang membuatkan semua di situ tergelak adalah dialog spontan Puteri Balqish kepada Zaki. Tuannya cantik dan nampak lembut tetapi agak ‘g4ngster’ rupanya. Puteri Balqish dengan selamba menyuruh Zaki pergi dari situ dan menyoal mengapa memandangnya lagi. Namun itu hanya lah gurauan Puteri Balqish sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Zaki ini sehingga kini telah pun mendapat perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mat1 rasa betul la Aqish ni, suruh blah gitu je haha.. Suka lah tengok g1la-g1la macam ni.. serasi Zaki dengan aqish.. ”
” Blah arkk, kau pandang apa.. hahah.. pakai ayu-ayu sekali dia sound suh blah.. ganas betul Aqish haha.. ”
” Kesian Zaki, jujur sangat Puteri Balqish pun haha.. Best jugak dapat tengok BTS macam ni haha.. ”
” Pehh blah terus ekk haha.. Garang arr aqish haha.. aku memang suka vibe begini.. betul-betul mat1 rasa ni aqish.. ”
” Dah stuck nanti tengok MV original aku dah tahu dorang cakap apa mesti tak jadi romantik dah.. ”
” Sebab berlakon jadi macam ni, realiti tak sama haha.. suka tengok Aqish ni, girl crush.. dia boleh menyakat Zaki macam tu, nasib lah Zaki dapat partner macam ni haha.. lawak sungguh.. ”
” Ayat express aqish ni confirm buat orang berdekah gelak… macam dalam Drama yg dia selalu gaduh dengan mak ngah dia tu… lupa tajuk drama dia.. ”
Macam-macam hal lah Puteri Balqish dan Zaki ni, terhibur melihat telatah mereka berdua. Ramai yang tak sabar hendak mendengar lagu baru Zaki ini. Semoga Zaki terus bersinar dalam dunia hiburan, dimurahkan rezeki selalu dan single ini akan melet0p di corong-corong radio.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zaki Yamani, Tiktok Rusa Music
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



