Artis / Selebriti
” Baru dapat tengok muka penuh baby Akira, comelnya awak dik.. ” – Komen Netizen
Video close up wajah anak Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah, Akira Juwita Zahra yang sedang tidur buat ramai teruja. Akhirnya dapat tengok muka Akira dekat-dekat. Comelnya Akira, dah lah rambut pacak-pacak. Lena je tidur walaupun mummy tengah bersembang dengan dia..
Kehadiran cahaya mata kepada pasangan, Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah terus mendapat perhatian ramai. Anak mereka, Akira Juwita Zahra kini menjadi antara bayi yang sering mencuri tumpuan netizen di media sosial dan ramai menantikan wajah penuh bayi ini dikongsikan.
Menerusi perkongsian terbaru di satu akaun Tiktok, video Akira yang memaparkan wajah penuhnya telah mencuri perhatian ramai. Ramai peminat meluahkan rasa geram melihat wajah penuh Akira yang dilihat sangat comel dan memiliki campuran raut wajah kedua-dua ibu bapanya.
Ada yang mengatakan Akira mewarisi bentuk mata daripada Shuib, manakala wajah lembut serta kulit cerah pula dikatakan mirip Watie. Video tersebut memaparkan Akira sedang tidur dengan sangat lena walaupun diganggu dengan celoteh Watie.

Untuk rekod, sejak mendirikan rumahtangga, Shuib dan Watie sering menjadi perhatian netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan kehidupan keluarga mereka. Kehadiran Akira Juwita Zahra dilihat menambahkan lagi kemeriahan kehidupan mereka dengan empat cahaya mata Shuib sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
@bogsagoxzjb
Di ruangan komen, ramai yang memuji kecomelan Akira. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” MasyaAllah, Tabarakallah. Anak Jepun ada, anak Korea pun. Akira Juwita, comel btul akira.. sihat2 selalu ya baby akira.. “
” Kalau anak perempuan rupa ayah .. anak tu barokah .. In Shaa Allah Aamiinn Ya Mujib … Comeynye bam2 shuib n watie.. “
” Baru dpt tgk muka penuh baby Akira comelnyaaa awak dikk, muka shuib btul2 Akira ni.. comelnya..bulat pipi Akira juwita.. “
” Ank sy pon cacak2 ms baby pastu suka ht je ckp nt ank sy degil bile bsr nt sbkn rambut dia. alhamdulillah dh besar cantik sgt rambut nya tp xde la degil pon.. “
” Anak saya rambut pacak2 jugak macam ni.. Sekarang rambut dia dh panjang dh tak pacak dah. Alhamdulillah syukur semoga jadi anak solehah.. “
” Mcm ayash pn ada..alolo MasyaAllah comelnya awak akira.. Comey muka MCM mumy.. mummy boleh diam tak,akira nk lena ni… “
” Bismillahi MasyaAllah… comel sgt babynya.. muka daddy…jd anak solehah dunia akhirat okey …mommy plsss jgn kacau Akira Juwita nak tdoq.. “
Semoga Akira Juwita Zahra membesar menjadi anak yang sihat, bijak dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Didoakan juga agar Akira menjadi penyejuk hati buat kedua ibu bapanya, membesar dengan penuh kasih sayang serta dikurniakan kehidupan yang bahagia dan diberkati. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Watieshuib
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

