Artis / Selebriti
” Kreatif dan suara superb sangat. Genre apa pun semua dia tapau ni.. ” – Komen Netizen
Video Aisha Retno mendendangkan lagu Jodoh Lebaran dalam pelbagai genre lagu buat warganet kagum. Fuh suara Aisha ni memang versatile sungguh. Semua genre pun ngam dengan suara Aisha. Part yang soprano tu meremang dengar..
Lagu Jodoh Lebaran dendangan dan ciptaan Aisha Retna menjadi siulan ramai. Lagu ini cukup trending di Youtube dan telah pun meraih 23 juta tontonan sejak ia dilancarkan. Ini satu kejayaan yang membanggakan untuk Aisha dan usahanya memerah otak bagi memastikan lagu ini berhasil.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aisha Retno, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Aisha mendendangkan lagu ini dalam pelbagai genre. Sekali pun hari lebaran sudah berlalu, namun lagu Aisha ini masih menjadi perhatian dan ditonton oleh warganet.
Lagu ini apabila dibawakan dalam genre berbeza masih tetap kedengaran sedap. Antara genre yang Aisha alunkan adalah rentak jazz, dangdut, soprano, keroncong dan irama Malaysia. Semua genre ini sedap didengar dan suara Aisha yang power itu membuatkan ianya menarik.

Aisha juga ada memaklumkan dia akan memberi satu kejutan sempena 23 juta tontonan ini sedikit masa lagi. Ianya adalah buah tangan terbaru daripada Aisha untuk peminat. Genre yang akan digunakan tentulah genre tradisional kerana ianya digemari ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Semua version pun sedappp. You’re such a talented human on Earth.. kreatif dan suara superb sangat.. rnb version please.. “
” You are absolutely brilliant.. R&B,Jazz & Rock yeahh.. tak sabar, excited semua lah.. ecah memang kreatif dan inovatif.. “
” I met my girl on the very last day of Syawal. Tau2 semalam tunang. Kita try nikah time Raya Haji. So still kira Jodoh Lebaran tak ni.. “
” Errone slapped, so talented laa.. Sedapnya lah suara Aisha ni. genre apa pun semua dia tapau ni.. “
” Jodoh lebaran versi Ning Baizura belum hehe.,Yg classic traditional tu sumpah sedap gila.. Proud, Ni anak sis dengar ni mau dia ikuttt pulak.. ghisauuu mak.. “
” Masuk air lah Aisha Retno ni, suka menghiburkan. love sangat dengar suara Aisha tu.. Hebat la seketul aishah retno ni.. Ank kecik umur 2,3 tahun pun boleh hafal lagu ni
” Memang tekak tu sedap punya tone kan.. Jazz tu best whatt.. Tradisional terus jadi lagu raya sedih.. super talented.. “
Berilah genre apa sekali pun, Aisha pasti akan mengalunkan lagu itu dengan penuh kelunakan. Lagu raya berhantu 2026 yang sehingga ke hari ini masih lagi menjadi siulan ramai terutamanya kanak-kanak. Semoga Aisha akan terus menghasilkan karya hebat seperti ini pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aisha Retno
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

