Artis / Selebriti
” Berair air mata gelak. Tak sangka kelakar betul Kak Eton, haha.. ” – Netizen
Video Zaiton Sameon Bersama Dina Nadzir Dan Falyq Dalam Segmen Borak Selebriti Sinar Buat Ramai Terhibur. Part Zaiton Tak Sangka Dina Penyanyi Tu Memang Kelakar. Tak Berhenti Dina Dan Falyq Gelak, Haha !!
Masih ingat lagi dengan penyanyi terkenal era tahun 80-an iaitu Zaiton Sameon. Lagu popular yang dinyanyikan oleh Zaiton iaitu ‘Menaruh Harapan’ sehingga ke hari ini menjadi siulan ramai. Malah lagu itu juga menaikkan nama Zaiton suatu ketika dahulu.
Meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan video memaparkan segmen Borak Selebriti menjemput Zaiton sebagai artis jemputan pada minggu ini. Menerusi video itu, Zaiton diwawancara oleh penyampai radio, Dina Nadzir dan Falyq.
Banyak topik yang diborakkan oleh mereka termasuklah cerita mengenai era Zaiton menjadi penyanyi terkenal. Namun apa yang mencuit hati adalah telatah Zaiton yang sangat kelakar ketika diwawancara. Antara perkara yang mencuit hati apabila Zaiton tidak tahu Dina adalah penyanyi.

Falyq dan Dina juga tidak henti-henti ketawa melihat reaksi Zaiton seolah tidak percaya Dina adalah penyanyi. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet serta sehingga kini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka mengatakan rasa terhibur selepas menonton video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berair air mata gelak. Tak sangka kelakar betul Kak Eton, haha.. Ingatkan orangnya serius.. Allah, penat saya ketawa, hahaha.. “
” Boleh jemput lagi Zaiton Sameon legend ni.. Peel org lama.. Gurau tak simpan.. Cakap lepas tp tetap beradab.. Bagus Kak Eton.. “
” Hahahah, i yang tak penah tgk borak selebriti smpai habis, kali ni tgk dari mula smpai abis.. Kelakar sangat Kak Eton, haha.. “
” Penyanyi ke penyanyok.. Hahaha part ni memang gelak kuat dengar tau.. Falyq pun tak tahan gelak, hahahaha.. Bertabah lah Dina.. “
” Satu2nya borak seleberti yang aku rasa paling kelakar.. Baru nak sed1h2, sekali kelakar.. Boleh tahan kelakar rupanya Zaiton Sameon.. “
” Aku pun tergelak tak igt dunia la.. Kelakorrr.. Kali ulang 5 kali aku mengekek sampai kuar air mata.. Terbaik la org kg den.. “
“M.nasir mana, hahaha.. Sakit pipi gelak, Kak Eton jadi pelawak lah lepasni.. Dah nampak bakat Kak Eton ke arah pelawak, hahaa.. “
Rupa-rupanya boleh tahan kelakar dan peramah juga Zaiton ni. Tak kering gusi Falyq dan Dina dibuatnya gara-gara ketawa melihat telatah Zaiton. Apa-apa pun, semoga Zaiton terus diberikan kesihatan yang baik dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



