Artis / Selebriti
” Terbaik adik Azfar, kita dengar pun meremang. Auto bergenang air mata.. ” – Netizen
Video Abdul Qawiy Terjah Tebok Al-Quran Juara Taranum Peringkat Antarabangsa, Adik Ahmad Azfar Azraie Raih Perhatian Ramai. Padu Sungguh Bacaan Adik Azhar, Sampai Qawi Pun Speechless Dengar !!
Sebut sahaja nama Abdul Qawiy rasanya pasti ramai yang mengenalinya. Qawiy atau lebih mesra dengan panggilan Qawi ini suka berkongsi video Tebok Al-Quran di akaun Instagramnya, Ramai selebriti yang telah diterjah oleh Qawi dan antara yang terbaru adalah Shukri Yahaya.
Terbaru, Qawi ada memuatnaik video menerjah adik Ahmad Azfar Azraie iaitu Juara Taranum Peringkat Antarabangsa. Qawi membaca surah Asy-Syams dan meminta Azfar untuk membacanya dengan taranum. Setelah itu, Azfar mengulang kembali bacaan Qawi dan menyambungnya sehingga ke ayat ke 5.
Cara Azfar membaca surah Asy-Syams dengan sekali nafas sahaja membuat Qawi terkejut dan kagum. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan mendengar bacaan daripada Azfar membuatkan hati menjadi sayu.

Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan gaya Azfar seperti ayahnya, yang juga Qari terkenal, Ustaz Azraie Abdul Hak. Sehingga kini, video bacaan surah Asy-Syams oleh Azfar menerima belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video oleh Qawi ini dan memuji suara Azfar. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Satu nafas tarik tinggi. Terbaik adik Azfar, kita dengar pun meremang auto bergenang air mata.. Terima kasih Qawi kongsi video yang sangat bermanfaat.. “
” Allahuakhbar.. MasyaAllah.. Ni adik yg satu family boleh bertaranum dan tilawah kan.. Bapanya, Ibunya kakak2 adik perempuan antara mereka adalah peserta Tilawah Sek2 Peringkat Kebangsaan.. “
” Wehh menangis dengar adik Azfar mengaji.. Masyaallah merdu betul suaranya. Kalau jadi iman tarawih mahu semuanya segar mata.. “
” Surah ni Azfar baca di tilawah Brunei.. Mmg hari2 akan dgr.. Tiap kali dgr mesti meremang bulu roma..MashaAllah TabarakAllah.. “
” Tak puas dengar, nak lagi dengar tebuk surah panjang sikit.. Merdu betul suara adik ni baca surah.. Semoga jadi anak yang soleh ya.. “
” Allahuakhbar merdunya & meremang Bulu Roma bilik adik baca.. Qawi pun tak terkata apa dengar bacaan adik Azfar ni.. “
” Subhanallah. Speechless terus Qawiy.. Acik dengar berulang-ulang adik, sedap sangat suara adik.. Masya Allah.. Padu adik.. “
Masyaallah, sungguh merdu alunan suara Azfar membaca surah Asy-Syams, patut lah ramai yang kagum mendengarnya. Bak kata Qawi, semoga suara emas Azfar ini dapat memberikan manfaat buat semua pendengar. Semoga Azfar terus menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam pengajiannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG qawiyaro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



