Artis / Selebriti
” Bestnya suara Haqiem, mantap gandingan suara.. ” – Komen Netizen
Video Adira Suhaimi dan Haqiem Rusli berduet menyanyikan lagu Ombak Rindu raih perhatian ramai. Wah sedapnya suara Haqiem menyanyi lagu ni, penuh penghayatan dan sampai ke hati. Kena sangat dengan suara Adira, memang gandingan yang mantap..
Meninjau ke akaun Tiktok Faizulanje89, posting terbaru yang memaparkan dua orang penyanyi iaitu Adira Suhaimi dan Haqiem Rusli bergabung dalam satu pentas telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu berjudul Ombak Rindu.
Lagu ini merupakan nyanyian asal antara Adira dan Hafiz Suip. Namun kali ini Adira berduet bersama Haqiem Rusli. Walaupun pasangan duet yang berbeza, namun lagu ini tetap sedap didengar apabila mereka digandingkan bersama.
Untuk rekod, lagu Ombak Rindu ini juga merupakan OST untuk filem Ombak Rindu pada tahun 2011. Lagu ini mengamit memori masa lalu apabila mendengarkannya. Liriknya juga cukup indah dan melodinya juga cukup menyentuh jiwa. Sehingga kini lagu ini masih releven buat ramai orang.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada yang mencadangkan agar Haqiem membuat lagu duet dengan penyanyi wanita pula selepas ini. Ramai memuji suara Haqiem sedap menyanyikan lagu ini.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@faizulanje89 Ombak Rindu Adira Suhaimi duet Haqiem Rusli 🫶@adirasuhaimi.AMI @Haqiem Rusli #OmbakRindu #Fyp #Viral #Meletop #AdiraSuhaimi #HaqiemRusli
Di ruangan komen, ramai yang memuji gandingan suara dua penyanyi ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Dulu awal muncul haqiem dia dikata copy hafiz. haqiem rusli approved.. sedapnya suara haqiem rusli ni.. dh boleh jadi penyanyi ni.. “
” Masa zaman lagu segalanya memang suara dia mirip dgn hafiz . sekarang baru rasa beza sebab suara dia makin matang.. “
” Sedappnyaa Haqiem nyanyi. Bestnya suara haqiem. wow… mantappp Ami and haqiem. teringat zaman dulu stiap kali dengar lagu ni.. “
” Allah sayunya bila dengar lagu ni.. atas ajakan dia aku pergi tgk wayang bersamanya…tp kini dia telah tiada..pergi meninggalkan aku buat selamanya..Al-Fatihah buat isteriku.. “
” Suka betul tgok style adira ni. simple tapi cantik gila.. Suka sgt tgk adira ni dh lah suara mantap.. Terbaik adira dan haqiem.. “
” Buat lagu duet lah kim dengan perempuan lepas ni.. mantap gandingan suara.. Buat lagu duet lah kim dengan perempuan lepas ni.. “
” Best nya duet adirasuhaimi.AMI Haqiem Rusli buat lgu duet. haqim pon sedap cuma cara nyanyi masing2 lain kan, marvelous la haqiem.. “
Sesuai juga gandingan suara antara Adira dan Haqiem. Tetap merdu dan padu apabila dua suara ini bergabung. Adira sememangnya mempunyai vokal yang cukup mantap, begitu juga dengan Haqiem. Mana tahu jika mereka digandingkan untuk lagu baru pula selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Faizulanje89
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

