Artis / Selebriti
” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
Persembahan penuh bertenaga daripada Anggrek membawakan lagu Niskala Suaka raih pujian warganet. Fuh power lah Anggrek, siap rap lagi. In character sungguh, meremang bulu roma tengok. Patut lah dapat standing ovation daripada juri..
Cabaran di pentas Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) diteruskan untuk minggu ke 4 semalam. 9 orang peserta bersaing untuk merebut tempat ke minggu seterusnya. Masing-masing memberikan persembahan terbaik mereka dan salah seorang yang menjadi perhatian adalah Anggrek.
Meninjau entry di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Anggrek menghiburkan semua dengan lagu Niskala Suaka. Lagu dendangan asal kumpulan K.O.I ini dinyanyikan dengan cukup baik oleh Anggrek.
Walaupun Anggrek adalah peserta paling muda dan kecil dalam TTMM2, namun semangat juangnya boleh mengalahkan abang-abang dan kakak-kakak TTMM2 yang lain. Juri tetap, Dato’ AC Mizal juga memberikan pujian dan menyifatkan Anggrek adalah mini Mimi Fly.

Anggrek berjaya membuktikan usia bukanlah halangan untuk dia terus mara ke hadapan. Memetik komen warganet, Anggrek ini kecil kecil cili padi. Keyakinan yang Anggrek miliki adalah salah satu kekuatannya yang sukar untuk digugat oleh peserta-peserta lain.
Jom tonton video di bawah :
@teetok817
@teetok817
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Mantap, tak padan dengan kecik. Anggrek memang power.. siap boleh rap, in character betul budak kecik ni.. “
” Go Anggrek go, hebat anak adira n. Kecik kecil cili berapi. Mcmmne la angerek blh bawa lguni .. aunty sdri xprnh dgr lguni spnjng hayat hdup.. 40 thun.. “
” Cili padi ni kecil tp bakat dia sgt bsr..punya susah lagu ni dia sahut cabaran jg..sebiji mcm adira…go anggerik .. “
” Anggrek dari mana kamu dapat kekuatan dengan umur sekecik kamu.. Betul2 awk in character seram pun ada tau.. Seriously presentation awk sgt bagus.. “
” Tak puas tengok persembahan Anggrek. Mini Mimifly ni.. Mimifly ada pelapis baru .. go angrek go.. debakk.. kecik kecik cili padi, power lah Anggrek.. “
” Pergh gempak lah, cute sangat Anggrek. Impressed sangat tengok persembahan Anggrek ni.. tahniah Anggrek, top 3 terus.. “
” Pergh merecik betul performance Anggrek kali ni. Energy nya tu, rap pun best.. Anggrek memang penghibur versatile.. boleh jadi macam ami nanti ni.. “
Lain macam sungguh persembahan Anggrek kali ini. Satu persembahan yang penuh bertenaga dan mendapat standing ovation daripada para juri. Anggrek berjaya mendapat tempat ketiga untuk minggu ini dan akan terus memberikan saingan sengit kepada semua peserta lain.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, IG Era, Tiktok Budak Terengganu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

