Artis / Selebriti
” Bestnya Zaki cover lagu ni, vibes dia tu lain macam betul eh. Ni baru betul suara Zaki.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani cover lagu Putri Iklan raih pujian warganet. Wah best betul Zaki menyanyi lagu ni. Ada gaya dan tarikan tersendiri. Sedap betul suara, dah tak bunyi macam suara Dato’ Jamal..
Zaki Yamani salah seorang anak Raja Pop negara, Dato’ Jamal Abdillah. Zaki kini bergelar pelajar di salah sebuah institusi pendidikan dalam bidang pengajian teknologi muzik. Zaki juga aktif di media sosial dan kerap membuat live di applikasi Tiktok untuk berinteraksi bersama peminatnya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Zakyie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zaki memenuhi permintaan peminat untuk mendengarnya menyanyi lagu trending, Putri Iklan. Zaki sememangnya memiliki suara yang merdu dan sedap didengar.
Jika selalunya warganet banyak mendengar Zaki menyanyi lagu Dato’ Jamal, kali ini nyanyian Zaki berbeza dan ianya menarik perhatian ramai. Zaki membawakan lagu Putri Iklan ini dengan gayanya yang tersendiri. Ekpresi wajah Zaki yang cheeky itu menghiburkan semua.

Aura pop Datuk Jamal sedikit sebanyak terkena tempiasnya pada Zaki. Seronok warganet mendengar Zaki menyanyikan lagu ini. Sekadar info, Zaki pernah menjuarai Famili Duo bersama abangnya, Yamani Abdillah dan kedua-duanya bersuara merdu.
Jom tonton video di bawah :
@zakyie As requested 🕺🏻. #putriiklan
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Suara seindah rupa… Tiba-tiba Zaki version jadi favourite pulak.. Makin handsome Zaki sekarang.. suara pun makin power.. “
” Arghh sedap nya Zaki nyanyi lagu ni.. suara tu lurve sangat dengar.. rindunya nak dengar buat cover macam ni.. “
” Boleh pergi jauh ni suara Zaki sendiri.. takde dengar macam suara Datuk Jamal dah.. Yang ni baru zaki, bukan datuk jamal.. “
” Versi Zaki, Malaysian vibes pun boleh buat mata terbang sampai ke langit weh hehe.. Zaki sesuai sangat nyanyi genre macam ni.. “
” Boleh buat ringtone ni, sedap suara Zaki ni.. macam ni la kalau nak dengar Dato Jamal nyanyi lagu Putri Iklan kan hehe.. “
” Bestnya Zaki cover lagu ni, vibes dia tu lain macam betul eh.. makin best suara Zaki, buat cover lagu lain macam ni jugak ye.. best dengar.. “
” Enjoy betul dengar Zaki nyanyi lagu ni, kena sesuai sangat dengan suara Zaki.. versi santai paling syok dengar.. “
Suara Zaki begitu sesuai dengan lagu rancak seperti ini. Mungkin satu hari nanti, Zaki boleh keluarkan single baru berentak pop, tentu menjadi siulan ramai. Apa-apa pun, semoga Zaki berjaya dalam kuliahnya dan menjadi seorang penyanyi hebat sama seperti ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zaki Yamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

