Artis / Selebriti
” Bilik dia besar ruang tamu rumah aku weh.. ” – Netizen
Video Datin Shahida Buat Spot Check Di Bilik Tidur Anak Perempuannya, Qadejah El Zahra Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik, Kemas Dan Luas Betul Bilik Qadejah, Dekorasi Pun Dah Macam Hotel 5 Bintang !!
Bagi yang suka mengikuti perkembangan jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri dan isterinya, Datin Shahida pasti mengetahui pasangan ini mempunyai enam orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Shahida telah dikongsikan video yang memaparkan dirinya membuat spot check di bilik tidur anak perempuannya, Qadejah atau mesra dengan panggilan Cess. Kata Datin Shahida, dia menerima aduan daripada Bibik mengatakan Qadejah lupa untuk mengemas bilik sebelum pergi ke sekolah.
Ketika pintu dibuka, Datin Shahida mula membebel kepada Qadejah gara-gara melihat gelang tangan dan beberapa barang peribadi miliknya ada di bilik Qadejah. Malah bukan itu sahaja, Qadejah juga terlupa mencabut plug seterika yang sudah digunakannya.

Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang terpegun melihat keindahan bilik Qadejah yang dikatakan luas dan cantik. Sehingga kini, video Datin Shahida membuat spot check bilik tidur Qadejah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Datin Shahida pada kali ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Bilik dia besar ruang tamu rumah aku weh.. Dalam mama dia kata tak kemas, nampak memang kemas dah tu, cantik sangat..
” Bilik Cess lawanya, betul-betul bilik puteri.. Paling kelakar bila dengar Datin Shahida tegur Cess bercakap, hehe.. “
” Tak apa, tak focus dah apa Qadeejah cakap yang penting skin anak-beranak ni lawo betul.. Sekali tengok dah macam dua beradik lah.. “
” Kat lantai pun ade bekas iron tu dijahhhh. Mmg kne salu spotcheck ni. Huhu.. Comel dengar Datin berleter dengan Dijah, hahahaha.. “
” Terus hilang mood nak marah bila Datin betulkan vocab Cess, hahahaha.. Btw bilik Cess memang cantik lah, suka tengok.. “
” Dah besar anak dara Datin dan Dato.. Makin dewasa makin cantik persis mamanya betul.. Semoga Cess jadi anak yang solehah.. “
” Bagus puteri datin & datuk.. Walpn BM tak brp pandai tapi terus cuba juga bercakap.. Semoga terus dewasa sebangai wanita solehah .. Aamiin yaAllah.. “
Seronok mendengar celoteh anak beranak ini, lagi-lagi apabila Datin Shahida suka menegur percakapan Qadejah yang tidak fasih dalam Bahasa Melayu. Apa-apa pun cantik sangat dekorasi bilik Qadejah, sesuai untuk Qadejah yang kini sudah dewasa dan menjadi anak dara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

