Artis / Selebriti
” Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan.. ” – Wany Hasrita
Wany Hasrita Kongsi Berita Gembira Selamat Melahirkan Cahayamata Sulungnya. Alahai Putih Dan Gebunya Tangan Baby Tu, Jari Jemari Bukan Main Runcing Lagi. Rambut Pun Nampak Lebat, Tahniah Wany !!
Menerusi akaun Instagram Wany Hasrita, telah dikongsikan satu khabar gembira untuk para peminatnya. Wany memaklumkan yang dia telah pun selamat melahirkan cahayamata sulungnya pada hari Sabtu, jam 7.14 malam secara normal.
Berkongsikan gambar yang menunjukkan tangan bayinya itu, Wany dan suaminya Adib dikurniakan seorang bayi perempuan. Sebagaimana ibu lain, Wany turut menitipkan doa buat permata hatinya ini. Harapan Wany agar anaknya ini menjadi anak yang solehah dan penyejuk mata.
Wany memilih panggilan ibu untuk dirinya dan Adib pula digelar bapak. Berita ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh peminat Wany khasnya. Mengimbau kembali detik awal kehamilan Wany, ianya tidak dikongsikan kepada umum sehingga lah kandungannya sudah besar.

Wany juga tidak memaklumkan mengenai jantina bayinya ini sebelum ini dan berjanji akan memaklumkan sama ada ianya lelaki atau perempuan sesudah melahirkan. Seronok lah ibu dah ada geng selepas ini, tentu meriah rumah Wany dengan suara si kecil nanti.
Jom baca perkongsian di bawah :
Baru sahaja dikongsikan, perkongsian oleh Wany ini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulillah so happy for youuuu both.. Sending lots of love and warm hugs to you my dearest friend.. ” – Nabila Razali
” Alhamdulillah wany and family. syukur, tahniah.. Yaay dah dapat anak buah.. Mabruk mabruk.. ”
” Congratulations wany and adib.. selamat berpantang.. syukur alhamdulillah. Officially fans anak ibu.. ”
” Alhamdulillah tahniah wani.. Comelnya tangan tu.. selamat berpantang.. assalamualaikum baby girll.. ”
” MaasyaaAllah.. welcome baby girl. Congrats kak Wany wanyhasrita semoga lekas pulih dan si baby jadi anak yg sholehah serta berguna bagi bangsa dan negara. Aamiin Yaa Mujiib.. ”
” Alhamdulillah tahniah wany.. lebat nampak rambut baby tu.. tangan dia comelnya, runcing-runcing putih lagi.. ”
” Alhamdulillah tahnaih wany.. welcome to motherhood.. tak sabar nak tengok muka anak wany.. mesti cun macam ibu dia jugak ni.. ”

Penantian 9 bulan Wany dan Adib berakhir sudah. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Wany sepanjang proses melahirkan. Tahniah daripada kami di Berita Kopak dan semoga Wany cepat sembuh dan baby girl membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wany Hasrita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

