Artis / Selebriti
” Sopan je Miza ni, memang vibes arw4h Siti Sarah. Macam 2 beradik dengan Uwais.. ” – Netizen
Makder Kongsi Video Bersama Adik Miza Sebelum Bergerak Pulang Ke Ibu Kota. Alahai Pemurah Dengan Senyuman Adik Miza Ni, Penampilan Pun Sopan. Dengan Uwais Dah Macam Adik Dengan Abang. Uwais Pun Dah Tak Malu-Malu Dah Macam Masa Mula-Mula Jumpa Tu, Hehe !!
Perjalanan jauh tidak terasa apabila Raissuddin Hamzah bertemu mata dengan kanak-kanak yang dikenali dengan nama adik Miza yang mana wajahnya begitu mirip sekali dengan arw4h anaknya, Siti Sarah. Rasa teruja Raissuddin ada dikongsikan oleh isterinya, Makder sebelum mereka tiba di rumah Miza.
Setelah menghabiskan masa bersama, ianya masa untuk Raissuddin dan Makder pulang ke ibu kota. Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mereka merakam video dan bergambar bersama.
Makder bertanyakan kepada Miza sama ada Miza ingin mengikut Makder balik dan soalan ini dijawab dengan senyuman oleh Miza. Uwais pula sudah mula mesra dengan Miza dan tidak lagi malu-malu seperti mula-mula mereka sampai kelmarin.

Kata Makder, abah arwah adalah orang yang paling gembira dengan pertemuan ini. Tidak disangkal, wajah gembira Raissuddin itu dan begitu juga dengan Uwais. Dua insan yang sangat merindui arwah Siti Sarah kini tersenyum lebar. Ramai juga yang mengatakan wajah Uwais dan Miza kelihatan seperti adik beradik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Makder ini telah pun mendapat lebih 10 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sopan je adik ni, memang vibes arw4h siti sarah. Banyak kali ulang tengok. Masha Allah terubat rindu ramai orang pada arw4h Sarah.. comel sangat bila adik ni senyum.. ”
” Comelnya adik ni.. wajah seiras arwah siti sarah.. sejuk mata memandang.. lepas tu pakaian pun tutup aurat.. lurve sangat.. ”
” Allah… aturan Allah direzekikan melihat persis arw4h siti Sarah.. Manis pandai dia jaga aurat.. aritu perasan dia siap pakai stoking kaki.. ”
” Boleh dah jadikkan die model tudung lovetah tu.. terubat sikit rindu kt arw4h. Wajah Uwais dan miza mcm adik beradik.. ”
” Rezeki yg diaturkan Allah.. bertemu adik ni.. terubat rindu ank dan ayah pada arw4h.. insan yg dirindui.. ”
” Macam 2 beradik dengan uwais.. keajaiban Allah x bole nk sangkal mmg dlm dunia ade jgk iras muka arw4h Subhanallah.. ”
” Mashallah, copy paste arwah Siti Sarah. Uwais and her can be mistaken for siblings.. Mcm adik beradik dia dgn uwais.. ”
” Uwais dgn miza seiras.. mcm adik beradik dah.. Yes boleh nmpk sgt Uncle raissuddin_hamzah yg paling happy. He miss his daughter.. ”

Baik Uwais mahu pun Miza, kedua-duanya comel dan nampak persamaannya apabila bergambar bersama. Yang pasti, semua orang gembira dengan perjumpaan kali ini. Semoga Raissuddin dan Uwais happy dan dapat bertemu lagi dengan Miza pada masa akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Makder
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

