Artis / Selebriti
” Boleh tahan gelak Nasha , kalau aku tak menyempat dah guling-guling, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sedutan Babak Jep Sepahtu Dan Nasha Aziz Dalam Sepahtu Reunion Live 2024 Istimewa Bulan Kemerdekaan 31 Ogos Buat Ramai Terhibur. Banyak Betul Part Lawak Tapi Hebat Nasha Boleh Tahan Gelak. Part Jep Nyanyi Tu Paling Lawak, Tak Sangka Ending Macam Tu, Haha !!
Sepahtu Reunion Live 2024 Istimewa bulan kemerdekaan 31 Ogos bakal bersiaran esok Sabtu 31 Ogos jam 9 malam di saluran Astro Warna. Bagi episod khas ini, pelakon serba boleh dan senior dalam dunia lakonan, Nasha Aziz menjadi pelakon undangan.
Menerusi akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan babak lakonan Jep Sepahtu bersama Nasha dan Ebby Yus. Jep melakonkan watak tentera Jepun, manakala Nasha dan Ebby Yus warga tempatan yang membantu Jep.
Riuh rendah dewan dengan sorakan supaya Jep menyuap Nasha makan dalam salah satu babak mereka. Jep tentu tidak akan berani lagi membuat adegan suap menyuap kerana sudah tahu pasti akan ada habuannya apabila pulang ke rumah nanti.

Part yang paling membuatkan warganet terhibur adalah ketika Jep menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu. Bukan main lagi Jep menghayati lagu tetapi ending nya membuatkan penonton berdekah ketawa. Elok-elok menyanyi tiba-tiba sahaja menangis. Nasha juga yang bertahan dan dalam karakter sehingga ke akhir sketsa.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Nyanyi last-last menangis haha.. Adoi Jep lawak la.. Power Nasha boleh tahan gelak haha. kalau aku dah berdekah atas tu.. ”
” Bonggok la Jep ni… terkekek2 aku ketawa.. tgh nyanyi boleh dia nangis.. G1la lah Jep.. ada je idea bukan-bukan dia haha.. ”
” Nasha Aziz paling best kalau spontan.. adui kelakar lah, askar jepun dark web ni Jep haha.. terbaik lah sepahtu.. ”
” Nasha Aziz boleh tak gelak eh haha.. mula2 ingat lagu jepun, sekali suara kepit Amy search siak haha.. lawak jep.. ”
” Siot lah Nakata… berulang kali aku tengok.. boleh tahan gelak ye Nasha aduiii klu aku tak myempat dah guling-guling.. ”
” Jepun versi kacuk sbb panjang.. g ni memang paling gampiang mat.. padu lah jep.. Mcm mana nasha blh tahan gelak. Klu aku first verse tu dh terbahak2.. ”
” Nasha Aziz masuk air jugak haha.. jep nanti balik rumah kaki lutut goyang hehe.. ulang ulang tengok pun terbahak part jep nyanyi tu.. plot twist betul ending tu.. ”
Gandingan Jep dan Nasha Aziz tak pernah mengecewakan. Tentu penonton setia Sepahtu Reunion Live akan ternanti-nanti di depan TV malam esok. Apa-apa pun, semoga pengajaran yang dipersembahkan dalam sitcom esok akan sampai ke hati penonton tentang erti kemerdekaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zon Lawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

