Artis / Selebriti
” Rasa sebak dan tersentuh tengok time Abam peluk Hamzah dah besar tu.. ” – Komen Netizen
Isteri Arwah Abam Bocey, Siti Norhidayah Kongsi Video AI Bersama Gambar Arwah Abam Buat Ramai Tersentuh. Alahai Sebaknya Part Abam Peluk Hamzah Yang Dah Besar Tu !!
Pejam celik, pejam celik, cepat betul masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja menerima khabar pemergian pelawak terkenal, Arwah Bocey. Rupa-rupanya sudah 4 tahun arwah telah pergi bertemu Illahi dan pemergian arwah turut meninggalkan isteri dan seorang anak kecil pada ketika itu.
Meninjau di akaun TikTok milik isteri arwah Abam iaitu Siti Norhidayah, telah dikongsikan satu video Hidayah membuat trend terbaru iaitu gambar AI arwah Abam bersama dirinya dan anak. Pada awal video, kelihatan seperti real gambar Abam bergerak memeluk gambar Hidayah dan seterusnya memeluk anak mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Coret Hidayah di ruangan kapsyen, Allah menggantikan wajah anak mereka saling tidak tumpah seperti arwah Abam. Perkongsian video tersebut telah mengundang sebak warganet. Ramai yang mengatakan tersentuh saat melihat gambar arwah Abam memeluk Hamzah yang kini sudah pun besar.

Selain itu, ada juga menitipkan kata-kata semangat kepada Hidayah agar terus kuat dan tabah menjalani hidupnya. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Hidayah telah ditonton puluhan ribu tontonan dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@hidayah_hamzah Allah ambil mu tapii allah gantiii cinta hati kita muka sama macam arwah ❤️Cintaaa syurgaaa saya ❤️❤️❤️ al-fatihah suamiikuuu syed umar mokhtar #cintahatisaya #syedumarmokhtar #cintasyurga
Di ruangan komen, rata-ratanya tersentuh dengan perkongsian Hidayah. Antara komen-komen daripada warganet adalah :
” Rasa sebak dan tersentuh tengok time Abam peluk Hamzah dah besar tu.. Al Fatihah buat arwah Abam.. Sekejap betul masa, dah bertahun rupanya Abam tinggalkan kita.. “
” Allahu.. Pagi2 dah nangis . Semoga baik2 aje Hamzah. Semoga arwah diampunkan segala dosa dan disisi org2 yg beriman. In syaa allah.. “
” Allahu akbar, memula tue AI kan, canggih sekarang, sedihnya.. Nak buat dgn arwah mak tak sampai hati, sy tak ley ckp redha, tapi kalau tak nak rindu kena redha lepaskan pergi tapi sakit, Allah jer tahu.. “
” Arghh nngis, semoga arwah Abam tenang disana.. Alfatihah buat arwah.. Semoga Kak Dayah kuat ye, in syaa allah arwah bahagia d sana.. “
” Moga kuat d permudahkan segala urusan.. Saya tahu Dayah memang seorang yang kuat.. Rindu orang yang dah pergi memang menyakitkan.. Tapi kita kena kuat.. “
” Ya Allah sebaknyaa dada ini, tak terasa Aiq mata mengalir.. AL-FATIHAH (dibaca) utk arwah semoga tenang disana aminn.. “
” Ya allah rindunya dekat arwah Abam.. Semoga Dayah dan anak kuat ya.. Al fatihah buat arwah Abam, semoga arwah tenang di sana.. “
Semestinya perit merindui seseorang yang telah pergi buat selama-lamanya. Apa-apa pun, semoga Hidayah kuat dan tabah mengharungi hari-harinya tanpa arwah Abam di sisi dan didoakan semoga Hamzah terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hidayah_hamzah, IG hidayah_hamzahh
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

