Artis / Selebriti
” Bukan kata naik bot, dalam kereta, cinta pun dia.. ” – Ezwan Zain
Video Ezwan Zain menyakat apabila Erra Fazira berkongsi mengenai dirinya yang mabuk laut buat ramai terhibur. Amboi Mr. E, lain macam betul Erra punya mabuk yang dia cakap tu ye. Tak terkata Erra dibuatnya, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik kasionzchannel, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pelakon terkenal, Erra Fazira, sedang berbual santai bersama suaminya, Ezwan Zain. Menerusi perkongsian tersebut, jelas kelihatan kemesraan pasangan ini ketika berbual.
Menerusi perbualan itu, Erra berkongsi bahawa dirinya mudah mengalami mabuk laut. Bukan itu sahaja, Erra 0juga turut mengalami mabuk ketika menaiki kereta dan kapal terbang. Keadaan tersebut membuatkan Erra lebih selesa untuk memandu kereta sendiri bagi mengelakkan rasa tidak selesa sepanjang perjalanan. Erra juga mengakui mengambil ubat sebagai langkah mengawal masalah tersebut.
Namun begitu, suasana menjadi lebih mencuit hati apabila Ezwan sempat menyakat isterinya. Dengan nada berseloroh, Ezwan berkata bahawa Erra bukan sahaja “mabuk” laut, kereta dan kapal terbang, malah turut “mabuk” dalam percintaan. Gurauan itu nyata mengundang reaksi spontan daripada Erra yang ketawa sambil menafikan perkara tersebut.

Gelagat pasangan ini jelas memperlihatkan hubungan yang mesra dan penuh dengan gurauan manja. Cara mereka berbalas usikan menunjukkan keharmonian rumah tangga yang dibina dan membuatkan penonton turut rasa terhibur melihat interaksi mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Ezwan menyakat Erra. Antara komen-komen menarik adalah :
” Chia chia chia, hehehe ayat abe Ezwan dasat.. Bestnya bila dapat pasangan yang sehati sejiwa ni, ehehe.. “
” Laju ehh cakap bini mabok cinta, hahahaha mana tak nya baergayut kat phone smp 6 jam time bercinta kan.. “
” Sy geng Erra sbb sy mabuk smua knderaan, keta, bas, ketaapi, flight. Kalu atas kapal laut pun mgkin mabuk jgk.. “
” Mabuk cinta tu mcm sama2 mabuk ja Erra n mrE .. Eleh2 tak nak mengaku yer mrE, ahahahaa.. Tak baik tau.. “
” Kita geng. Kecik2 dlu naik keta naik bus kena bwk plastik. Bau asap & myk diesel jd pening wei. Naik feri kena mkn ubat mabuk. Kalo tak haduiiii.. samp k darat mabuk dia.. “
” Kita yang tengok short video ni boleh jadi mabuk kepayamg dibuat nyer hahaha.. Sweet betul lah pasangan ni.. “
” Kritis sangat Mr E ni, hahahaha. Eleh Mr E tu, belum cinta dia dah mabuk dulu kan kan kan, hahahahaha tak mengaku pulekkk.. “
Perkongsian video ini turut mendapat perhatian warganet yang terhibur dengan telatah Erra dan Ezwan. Malah, ada juga yang berseloroh mengatakan sebenarnya bukan Erra yang “mabuk” cinta, sebaliknya Ezwan yang lebih “mabuk” cinta, namun enggan mengakuinya. Apa-apa pun, momen seperti ini sememangnya menceriakan dan mengundang senyuman kepada para penonton.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasionzchannel, ezwanzain
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

