Artis / Selebriti
” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq buat video trend lagu Adek Saye Abe Sore buat ramai terhibur. Amboi YB Saddiq, gaya tangan tu bukan main lagi ye. Siap angkat kening lagu, style lah YB..
Meninjau di akaun TikTok milik cikbakers_hq, beberapa video telah dikongsikan yang memaparkan kehadiran Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq ke Majlis Raya Exclusive Gathering di Cik Bakers HQ, Kelantan semalam. Kehadiran pasangan ini menjadi perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video-video tersebut, suasana majlis dilihat meriah dengan pelbagai aktiviti menarik. Bella dan YB Syed Saddiq juga kelihatan mesra meluangkan masa bersama tetamu yang hadir dan ianya juga menambahkan lagi seri majlis berkenaan.
Namun begitu, apa yang paling mencuri perhatian adalah salah satu video yang memaparkan telatah Bella dan YB Syed Saddiq bersama pemilik Cik Bakers membuat trend lagu Adek Saye Abe Sore. Gelagat spontan mereka dalam video tersebut dilihat cukup mencuit hati ramai.

Warganet begitu terhibur melihat sisi santai YB Syed Saddiq yang tidak kekok mengikuti trend tersebut bersama Bella. Keserasian mereka juga membuatkan ramai tidak jemu menonton video tersebut berulang kali. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@cikbakes_hq
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet jugak guna lagu ni, hehe.. Takde sambungan ke video ni.. “
” YB lupa dah dia YB, hahaha Abe janji.. MasyaAllah masing-masing cute betul, haha.. Owner cik bakes ni comel macam Bella jugak .. Sma² cantik sma² anggun.. “
” Amboi part mintak2 biar jadi. Part last Syed pun tolong Aamin kan.. Ya Aamin.. Semoga semuanya dipermudahkan.. “
” Macam2 style tgn tu hahaha. Spontan knn. Tp cmeyy.. Dalam hati Yb, nasib tak kene menari arini, HAHAHA.. “
” Masya Allah cantiknya Bella pakai tudung, kemas cantik elok terletak, semoga istiqomah Bella pakai tudung.. “
” YB dah pandai bagus Bella ajar YB .. Padu YB, cpt2 kahwin n bella tak sabar nk tgk YB dn Bella naik pelamin.. “
” Alaaaa pnjg laa sikit..hahahahha baru nk layan.. Hahaha geram betul tengok gaya YB tu, hahahaha kenapa nampak comel sangat.. “
Bukan itu sahaja, ada yang mengakui bahawa video seperti ini sememangnya dinantikan, lebih-lebih lagi untuk melihat gandingan YB Syed Saddiq bersama tunangnya. Semoga pasangan ini terus bahagia dan sentiasa menghiburkan peminat dengan perkongsian yang positif serta menyenangkan hati.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikbakes_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

