Artis / Selebriti
” Bukan muka je c0py paste, dengan suara sekali ni.. ” – Netizen
Video Sambutan Hari Lahir Anak Teruna Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin Bersama Rita Rudaini FC. Ramai Yang Teruja Mendengar Suara Rayyan, Serupa Suara Daddynya. Memang C0py Paste Sangat !!
Airit Rayyan Rizqin merupakan permata hati sulung pelakon cantik, Rita Rudaini. Semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran Rayyan yang ke 14 tahun. Rita menyambutnya secara sederhana di rumah bersama seorang lagi anaknya, Airit Qaqa Arjuna.
Sebagaimana tahun-tahun sudah, kelab peminat Rita iaitu Rita Rudaini FC tidak pernah lupa untuk meraikan birthday boy ini. Menerusi akaun Instagram Rita Rudaini, telah dikongsikan moment indah ahli kelab peminat bersama Rayyan.
Ungkap Rita di ruangan kapsyennya ucapan terima kasih untuk kelab peminat yang selalu mengingati birthday anak-anaknya. Dapat dilihat mereka menyediakan kek dan juga hadiah buat Rayyan. Rita juga menunjukkan Rayyan membaca kad ucapan daripada kelab peminat ini.

Apa yang membuatkan warganet teruja adalah suara Rayyan yang kedengaran sama seperti daddynya, Aidil Zafuan. Memetik komen warganet, bukan hanya rupa yang seiras, suara pun juga sama. Semakin besar, semakin kelihatan ketampanan wajah Rayyan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday anak yang handsome, anak soleh mommy. Suara tu macam sama je dengan ayahnya kan.. Bukan muka je copy paste, dengan suara sekali ni.. ”
” Happy birthday Rayyan. Makin hensem dia. Betul-betul sebijik ayah dia. Terpaling handsome, rambut messy pun segak.. ”
” Pibeddey Rayyan.. makin besaq sebijik pak hang. Sora, mata.. saling tak tump4h. Semoga dipermudahkan urusan anak ini.. ”
” Happy birthday rayyan… brp pn umo kamu dmata mummy & all the aunty’s uncle’s u r our sweet little boy. wishing u all the best for your life. ”
” Muka dah nampak lain, happy birthday Rayyan.. Handsome anak bujang Rita ni. tah1 lalat kat atas bibir tu mahal airits.. ”
” Happy birthday rayyan hensem.. semoga sentiasa berada dlm Lindungan Allah. mancung hidung dia.. ”
” Cantiknya rambut curly hehe. Happy birthday Rayyan, makin handsome dah dia.. Anak bujang, c0py paste daddy.. ”

Alahai Rayyan, suara pun dah macho lah apabila sudah meningkat remaja. Tentu ramai yang meminati Rayyan ini. Apa-apa pun, semoga Rayyan berjaya selalu dalam pelajaran, menjadi anak yang soleh untuk mommy dan abang terbaik untuk Qaqa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Rudaini
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

