Artis / Selebriti
” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein sengaja mencomotkan mulutnya ketika makan kek bersama suaminya, Cikgu Azlan buat ramai terhibur. Konon nak sweet, tapi lain pula jadinya. Macam tu je Cikgu Azlan lap mulut Kak Lina. Berdekah dibuatnya, haha..
Nama Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina Pom Pom memang sinonim dengan gelagat spontan dan penuh jenaka. Kali ini, sekali lagi video menghiburkan bersama suaminya, Cikgu Azlan yang mencuri tumpuan dan menghiburkan ramai.
Menerusi video tersebut, Elly dan suaminya sedang menjamu kek Tiramisu bersama-sama. Elly cuma mencipta momen sweet dengan mencomotkan mulutnya dengan kek tanpa pengetahuan suaminya. Elly mengharapkan Cikgu Azlan akan mengelap bibirnya.
Namun lain pula jadinya apabila cikgu Azlan mengelap bibir Elly dengan menggunakan bibir Elly sendiri. Macam tu je Cikgu Azlan ‘tonyoh ‘ bibir Elly, haha. Memang tidak dijangka sungguhlah. Habis hilang mood romantik Elly walaupun di awal video nampak sweet sangat.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai 1 jam ia dimuatnaik buat masa ini. Gelagat Cikgu Azlan menerusi video tersebut membuktikan bahawa dirinya juga seorang yang kelakar dan menghiburkan.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata warganet membanjiri ruangan komen dengan gurauan nakal dan pujian. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Xtahu nak kata. Suka tgk kepom pakai tudung. kena balas balik nieee sharipah… Ya Allah jadi tisu bibir kaklina.. ahha.. “
” Tak sabar tunggu pembalasan dr Kak Kepom. haha game over.. carik nahas sungguh cikgu Geografi ni… Nohhh naya la.. “
” Boleh update x mcm mana keadaan cikgu azlan skrg? laki bini sama naik.. aje giler haha.. unexpected sungguh.. lawak.. “
” Hahahahahahahahaha…rosak dah cikgu Geografi tu.. Kau macam2 hal la pom pom, Papa pun bole tahan… Majmuk suka.. “
” Kak Lina majuk uma jiran mane plak kalini? Geng2 bakal opah sgt ni.. Kalau mulut kecik cmna nk tonyohhh.. Bibio beso sngt tu..
” Papa mcm dh lame je nk bt gtu ke mama.. jangan wat hal cikgu nanti jenuh nak kena pujuk balik.. muka merajuk dah tu.. “
” Sepppp.cikguuuu, Rasa dia gi negara mana plak tu cikgu geog ? ok cikgu… ikut peredaran masa, faham tema…. tapi nak tnya, keadaan skrg camne… hahaha.. “
Ada sahaja content yang menghiburkan daripada pasangan suami dan isteri ini. Tak perlu skrip atau babak drama sudah cukup menceriakan hati ramai. Tak sangka cikgu Azlan pun dah ‘masuk air’ macam Kak Lina juga. Memang menghiburkan peminat-peminat semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

