Artis / Selebriti
” Comel-comel anak abang Ajai. Papa dia maintain muda.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Ajai Bersama Anak-Anak Perempuannya, Ayu Nazirah Dan Danisha Cur1 Perhatian Warganet. Alahai Dah Besar Dua-Dua Anak Dara Ajai. Seorang Muka Ayah, Seorang Muka Mak. Manis Dua-Dua !!
Jarang untuk melihat komposer terkenal Ajai berkongsikan perihal peribadinya. Umum mengetahui yang Ajai pernah mendirikan rumahtangga bersama penyanyi Nourul dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah. Ayu kini telah pun berusia 25 tahun.
Menerusi perkahwinan kedua bersama Norliza Ilias pula, Ajai dikurniakan seorang lagi anak perempuan diberi nama Danisha. Tidak banyak perkongsian Ajai mengenai anak-anaknya ini dan rupanya masih ada yang tidak tahu yang Ajai memiliki 2 orang anak perempuan.
Meninjau akaun Instagram Ajai, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Ajai bersama Ayu dan Danisha. Sama cantik dan sama manis, wajah Ayu dan Danisha mencur1 perhatian warganet. Komen warganet, Ayu banyak mengikut wajah Nourul, manakala Danisha pula seperti Ajai.

Di ruangan kapsyen pula, Ajai menulis coretan yang cukup pendek berbunyi ‘ Teruslah tersenyum, kerana hidup ini cukup indah. Bersyukur dengan apa yang diberikan’. Walaupun mempuyai anak yang sudah besar, Ajai masih kelihatan seperti baru 30-an sahaja, awet muda betul lah Ajai ni.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Ajai ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Abang Ajai ni bukan makin tua. Tapi makin muda, dah macam abang dengan adik adik.. ada anak dar4 dah abang Ajai, cantik pulak tu.. ”
” Macam nak sama muka anak-anak Ajai ni. Comel, dua-dua cute.. Ayu dapat betul senyuman dam gigi papa dia.. ”
” Alhamdulillah terima kasih untuk nasihat dan peringatannya abang Ajai. Serupa muka kakak dengan adiknya, manis je.. ”
” Tutur kata Ajai melambangkan hati.. Hati bersih terpancar di wajah awet muda.. comel-comel anak abang ajai.. papa dia maintain muda.. ”
” Wajah ayu seiras wajah ibunya Nurul muda muda dulu.. Ajai dengan anak-anaknya macam adik beradik.. ”
” Cantiknya Ayu dan adiknya tu.. Lovely girls, muka sama. Macam abang dengan adik-adik je. si cantik manis Danisha dan Ayu.. ”
” Senyum selalu Ajai.. Adik beradik ni seiras muka mereka. Handsome abang Ajai, makin berusia makin handsome ea.. ”
Mesti Ayu dan Danisha manja dengan Papa. Walaupun Papa tegas tetapi jiwanya begitu penyayang terhadap anak-anak. Semoga Ajai sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia selalu bersama. Jadi anak yang solehah Ayu Nazirah dan Danisha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



