Artis / Selebriti
” Comel je sebutan, cute sangat ni Evie.. ” – Netizen
Video Evie Khadeeja Menyebut Nama Daddy Dan Mummynya, Harris Alif Dan Intan Ladyana Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Evie Sebut Nama Mummy Tu. Lain Macam Bunyinya, Hehe !!
Evie Khadeeja nama diberi untuk puteri sulung Intan Ladyana dan Harris Alif. Evie menyambut ulangtahun kelahiran keduanya pada hujung bulan Januari baru-baru ini. Pada usianya yang sudah 2 tahun, Evie semakin petah bercakap dan banyak mulut.
Meninjau akaun Instagram Harris Alif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Evie sedang bercakap bersama Harris. Evie yang diletakkan dalam stroller kelihatan sedang memegang anak patung panda. Sayang betul Evie pada pandanya itu.
Harris bertanyakan kepada Evie apakah nama pandanya itu. Evie menyebut Harris Alif pada awalnya dan seketika kemudian menyebut Harris Alif, Intan Nana. Apabila Harris mengulangi pertanyaannya itu, Evie sekali lagi menjawab Harris Alif, Intan Nana.

Alahai Evie, comel sangat sebutan nama mommy tu. Intan Ladyana jadi Intan Nana pun boleh lah. Panjang sangat nama mommy Evie nak sebut yer. Suara Evie pun comel sangat. Perkongsian ini telah meraih perhatian daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini video ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nama mommy dia dah jadi Intan Nana.. Haha comel je sebutan Intan Nana haha.. clever baby idol mommy Intan Ladyana.. ”
” Intan Nana eh haha.. soalan punca ni daddy haha.. cute sangat ni Evie. Intan Nana nama baru okey.. ”
Umur-umur sebegini memang seronok mendengar anak bercakap. Harris pun rajin melayani Evie berbual dan bertanyakan macam-macam soalan. Itu juga antara teknik dan skill supaya anak boleh cepat bercakap. Sebutan ‘Harris Alif’ yang Evie sebut pun clear.

Apa-apa pun, semoga Evie Khadeeja membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah kepada mommy daddy, dikurniakan Allah akal fikiran yang bijak dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Alif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



