Artis / Selebriti
” Comelnya dia. Cantik nama tu, pandai Ayda pilih.. ” – Netizen
Ayda Jebat Kongsi Gambar Dan Nama Anak Keduanya Raih Perhatian Warganet. Alahai Pipi Chubby Juga Baby Boy Ayda Ni. Nama Simple Tapi Indah Maknanya. Senang Ingat !!
Seminggu yang lalu, pada tanggal 12 Disember, penyanyi Ayda Jebat telah pun selamat melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki. Tarikh yang cantik, 12.12.23 menjadikan Ana Nayla rasmi sebagai kakak dan Ayda berstatus ibu kepada 2 orang cahayamata.
Mengikut sunnah, Ayda dan Nabil mengumumkan nama anak kedua mereka ini kepada umum setelah 7 hari kelahiran. Menerusi akaun Instagram Ayda Jebat dan Nabil Mahir, telah dikongsikan sekeping gambar cahayamata kedua mereka ini.
Wajahnya hanya menampakkan bahagian mulut dan hidung sahaja. Memulai kapsyennya dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Ayda berkongsikan nama anaknya ini sebagai Aali Mateen bin Ahmad Nabil. Ayda turut tag nama akaun sosial yang telah diwujudkan untuk Aali Mateen.

Cerita Ayda, agak lama masa yang diambil untuk mereka memikirkan nama yang sesuai untuk putera mereka ini. Akhirnya nama Aali Mateen menjadi pilihan dan doa Ayda, agar anaknya ini menjadi anak yang soleh. Ayda juga memohon agar warganet turut mendoakan yang baik-baik untuk Aali Mateen.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Ayda ini sehingga kini telah pun meraih lebih 19 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Congratulations adikk. Assalamualaikum Aali.. Alhamdulillah semoga Aali Mateen bin Ahmad Nabil menjadi anak yang Soleh.. ”
” Salam berkenalan aalimateenofficial . Semoga membesar dgn sihat dan jadi anak soleh … aamiin aydajebat semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik … aamiin.. ”
” Assalammualaikum Aali Mateen, semoga membesar sihat, bijak dan menjadi anak yang soleh.. jadi anak yang baik untuk family kecilmu.. ”
” Assalamualaikum Aali Mateen boyyy. Sedapnyaa nama dia.. comelnya dia. InsyaAllah jadi anak yg soleh dan bijak ye.. ”
” Congrates aydajebat dan nabilmahir semoga Aali membesar menjadi anak yg soleh.. best nama, senang nak ingat.. ”
” Comelnya, cantik nama tu. pandai ayda pilih. Maksud pun best nama Aali Mateen ni. Alhamdulillah.. ”
” MasyaAllah tabarakallah tahniah mommy daddy.. moga Aali membesar jadi anak yg soleh penyejuk hati ibu ayahnya.. ”
Nama yang elok maksudnya juga disarankan oleh agama dan doa untuk si anak. Semoga baby Aali Mateen membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh, anak yang mendengar kata kedua ibu bapa dan dikurniakan akal fikiran yang bijak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ayda Jebat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



