Artis / Selebriti
” Comelnya Kamal kecik tu, happy go lucky sama macam ayah.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Kamal Adli meluangkan masa bersama anaknya, Hawra Uqaira curi perhatian warganet. Wah seronok betul Hawra dapat bermain dengan ayah. Moment indah anak dan ayah, tersentuh pulak tengok..
Kehidupan Kamal Adli banyak berubah selepas perpisahannya bersama Uqasha Senrose. Walaupun perit, namun hidup perlu diteruskan dan Kamal melalui fasa sukar ini dengan tenang serta redha dengan segala ketetapan yang tertulis dalam hidupnya itu.
Jika dulu, Kamal bebas untuk bersama anaknya, Hawra Uqaira, namun sekarang Kamal perlu mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Bak kata Kamal sebelum ini, jika dirinya ada kelapangan dan tidak mempunyai shooting, masa itu pasti akan digunakan untuk bertemu dengan Hawra.
Menerusi perkongsian terbaru Kamal di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video terbaru Kamal bersama Hawra. Bapa tiri Uqasha turut kelihatan berada menerusi video tersebut. Ramai di kalangan warganet yang memuji sikap bapa mentua Kamal ini yang sangat memahami situasi Kamal.

Hawra bermain dengan girang gembira bersama Kamal. Kata orang, ayah adalah cinta hati pertama seorang anak perempuan. Sekali pun masa mereka terhad, pastinya Kamal akan menciptakan banyak memori indah untuk Hawra kenang apabila dia besar nanti.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Salute dan respect dengan bapa tiri ex wife dia.. memang mempunyai naluri seorang bapa yang amat dihormati.. “
” Anak perempuan mmg manja dgn ayah… Spending time with her masa kecik2 ni fun & memorable.. “
” Alhamdulillah seronok tgk sweet moments ayah dgn anak ni….Rindu dkt Hawra tu…makin comel n bijak ye dia, geram tgk MashaAllah.. “
” Alhamdulillah comelnya kamal kcik tu, happy go lucky sma mcm ayah & ibu, ayah uqasha trbaij.. bapak mentua tiri yang terbaik.. “
” So happy tgk life Kamal skrg, happy dgn Jakel & Hawra. Semoga King of threads terus happy2 selalu.. “
” Cuteee nya Hawra, happy dapat jumpa Ayah. cinta pertama seorang anak perempuan.. Smoga abg kamal terus bahagia dn ceria bersama anak tersayangg Amin.. “
” Tak tahu Kenape sedih tgk. But happy for him dapat jumpe princess dia.. Elok je dgn ayahnya.. didoakan semuga yg baik2 utk semuanya semuga lancar segala urusannya.. Semoga sentiasa didlm lindungan Allah swt.. “
Tumpang gembira warganet melihat kebahagiaan Kamal apabila dapat bersama Hawra. Masa yang ada digunakan dengan sebaiknya oleh Kamal. Semoga Hawra membesar dengan persekitaran yang baik dan mendapat sepenuh kasih sayang daripada Kamal dan Uqasha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kamal Adli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

