Artis / Selebriti
” Pergh ni kita mahukan. Tak ada kona kona, tak sorok sorok eh. Go abang Jamil go.. ” – Komen Netizen
Lakonkan kembali babak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, video aksi Fazura buat ramai terhibur. Amboi Que Haidar, komen tu bukan main lagi ye. Ehem ehem, sweet sangat ni..
Kolaborasi Jakel x Fazura mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai. Gandingan Fazura bersama duta-duta Jakel kelihatan serasi lebih-lebih lagi apabila Fazura bersama duda hangat masa kini, Que Haidar. Ramai yang mengusik pasangan ini dan menggelarkan mereka dengan gelaran FazQue.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan satu video lakonan Fazura mempromosikan butik Jakel. Turut kelihatan menerusi video ini adalah Cik Epal dan Ammar. Kapsyen Fazura juga mencuit hati warganet kerana menggambarkan rasa kurang senang melihat aksi sweet Cik Epal dan Ammar.
Namun itu hanya lah sekadar lakonan dan Fazura remake kembali babak lakonannya dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia pada hujung video tersebut. Mengimbau memori sungguh melihat Fazura menjerit dialog popularnya menerusi filem itu.

Warganet juga tertarik dengan komen yang ditinggalkan oleh Que di ruangan komen posting ini. Semakin seronok warganet ‘ kenenkan’ Que dan Fazura gara-gara komennya itu. Komen warganet, mereka berdua kelihatan serasi bersama dan sesuai, apatah lagi kedua-duanya single.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Wow sangat-sangat gentleman and sweet que ni… bila nak ajak fazura dating hehe.. kami support dari belakang bang que.. “
” Pehhhh ni kita mahukan. tak ade kona kona. tak sorok sorok eh..go abang jamil go.. kami approve, lelaki mesi berani kan hehe.. “
” Alaaa rindu scene aku sunyi ni.. love sangat.. Manisnya Cinta Di Cappadocia. Gen Z yang tak pernah tengok filem ni, gi tengok ya. Baru korang faham.. “
” 2014 to 2026, ahhhh aku sunyii.. tiada perbezaan, tetap meletop.. iconic scene ever.. thanks Jakel.. “
” The aku sunyi scene recreated just perfectly.. Mega terpelanting, she menang.. the ‘ iconic ‘ Aku Sunyi ‘ line.. “
” ” Aku sunyiii” – bunyi masih sama.. ni la baru namanya pelakon.. Ifti Liyana comeback.. iconic moment to remember.. “
” Alololo.. jerit camtu pun cantik.. Ni lah dia ciri2 pelakon hebat sepanjang zaman. Ada iconic scene yg akan diingati sampai bila-bila.. “
Komen yang Que tinggalkan di posting Fazura :

Semakin lama, semakin sweet pula hubungan Que dan Fazura ini. Ramai yang suka melihat gandingan Fazura dan Que. Apa-apa pun, semoga Fazura dan Que terus maju jaya dalam karier mereka dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura, IG Que Haidar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

