Artis / Selebriti
” Dah dilemankan anak dia pulak. Sampai berkerut muka ayah dengar Arrian nyanyi, haha.. ” – Netizen
Video Anak Sulung Tomok, Arrian Shah Akid Berlatih Menyanyi Lagu Yang Bakal Dinyanyikan Oleh Tomok Dan Black Untuk Minggu Ke 9 All Stars Gegar Vaganza. Arrian Kata Nak Ganti Ayah Lah Malam Ni. Berkerut Dahi Tomok Dengar Arrian Menyanyi !!
Malam ini bakal bersiaran minggu ke 9 All Stars Gegar Vaganza. Tinggal 10 lagi peserta yang akan beraksi untuk ke minggu seterusnya. Salah seorang yang menjadi kesukaan ramai adalah Tomok. Setiap minggu Tomok memberikan persembahan yang memuaskan hati juri.
Meninjau akaun Instagram isteri Tomok iaitu Ayu Abas, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Arrian bersama Tomok. Arrian menyanyikan lagu duet yang akan Tomok akan nyanyikan bersama Black berjudul Tak Mungkin Berpaling, nyanyian asal kumpulan Slam.
Arrian sememangnya suka menyanyi dan mempunyai suara yang sedap didengar. Bersungguh-sungguh Arrian menyanyi sambil diperhatikan oleh Tomok. Sekali pun ada tempo lagu yang lari, tetap Arrian menyanyi sampai penghujung lagu. Tomok pula berkerut-kerut dahi mendengar nyanyian Arrian.

Kata Tomok, Arrian mahu menggantikan tempat ayah malam nanti. Apabila ditanyakan jika Arrian menggantikan ayah, adakah akan berada pada kedudukan top 3 atau buttom 3. Dengan yakinnya Arrian menjawab top 3. Tapi sorry Arrian, ibu Arrian cakap esok Arrian ada exam akhir tahun jadi perlu study hari ni, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Hahahaha, dibu dah bising tu aryan. akak pon cmtu rasenye nanti.. Bapaknya tu dah kerut kerut dahi haha.. ”
” Kenapa Tomok yang sedih haha. Muka ayah tu menjiwai betul anak menyanyi. Berkerut dahi bapaknya hehe.. ”
” Tomok tengok arrian react macam sedih.. tak tau laa sedih sebab feeling ke sebab apa haha.. semangat Arrian nak ganti ayah tu.. lari tempo pun nyanyi tetap jalan haha.. ”
” Penguat semangat untuk ayah ni.. makin handsome la Aryan.. New boyz junior lah ni. semangat dia nak ganti ayah malam nanti haha.. ”
” Haa semua sbjek ibu dia sebut.. siap lah dikkk.. Marah lagi dibu, marah lagi haha.. mak mak sangat dibu.. ”
” Muka ayah feeling betul haha.. Biasanya mmg ayah lah yang mer0sakkan Undang2 mak2 kat rumah tu. Haih lahhh.. ”
” Dah dilemankan anak dia pulak haha.. Sampai berkerut muka ayah dgr arrian nyanyi.. tu belum dengar auntie nyanyi hehe.. ”

Alahai Arrian, begitu menghayati lirik dan lagunya, sampai ayah pun berkerut dahi mendengar nyanyian Arrian. Tunggu Arrian besar nanti boleh ganti ayah okey. Apa-apa pun, semoga Tomok dapat melakukan yang terbaik malam nanti dan mendapat kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ayu Abas
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



