Artis / Selebriti
” Dah macam tengok Masterchef Australia. Kita yang nervous tengok Sheila siapkan masak tu. Hebat lah.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly menyiapkan hidangan untuk tempahan seramai 65 orang buat warganet kagum. Fuh macam lipas kudung betul Sheila ni. Walaupun kalut kejar masa, juadah semua nampak wow. Terbaik lah, salute..
Sheila Rusly sememangnya dikenali dengan kepakarannya memasak. Pelbagai menu dihasilkan oleh Sheila dan semua menunya mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya terliur. Sheila kini sedang mengusahakan restoran miliknya sendiri dan dibantu oleh anak dan menantunya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sheila Rusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Sheila ketika berada di restoran. Menantu Sheila, Beatrice yang berada di bahagian reception menerima satu kunjungan daripada wakil satu kumpulan yang ingin menjamu selera di restoran Sheila.
Bukan 10, bukan juga 20 tetapi 65 orang yang perlu dilayan dan permintaan khasnya mahukan semua juadah dimasak oleh Sheila. Terkejut wajah Sheila mendengar jumlah pelanggan dan Sheila tidak melengahkan masa terus beraksi di dapur sambil dibantu oleh teamnya.

Melihat gelagat Sheila yang lincah di dapur membuatkan warganet kagum. Bukan mudah untuk menyediakan makanan yang banyak dalam masa yang singkat tetapi hasilnya memang wow. Juadah Sheila semuanya menarik dan lain daripada yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaaAllah- team hebat bila chip dia paling hebat.. Kak cuba bgtau macam mana boleh maintain cantik masak 65 packs tu.. “
” Perghh power, superb Sis, well done.. i yang nervous tengok sis siapkan masak tu.. hebat lah, chip no syatu.. “
” Sis idola sy dulu kini selama yer.. hebat sis.. Teringin nak rasa air tangan sis sheila.. macamana lah boleh sepantas tu eh masak.. ”
” Wow Bestnya Meriah Mmg masakan air tangan sis sheilarusly_jspictures terbaik. Anak saudara saya pernah beli Asam Pedas telur ikan.. memang sedap.. “
” Fuh mantap team Shiela Rusly.. Tengah kalut2 pun semua angle sis Sheila letopsss. serba boleh.. dia punya lincah dekat dapur tu kalah orang muda.. “
” Memang mantap chef Sheila.. sentiasa kuat dan sihat.. team yang amat bekerjasama.. kalau chip tak hebat, boleh pengsan anak buah.. terbaik lah.. “
” Patut la smua org puji sedap sis shiela masak rupanya… hebat sedap masakannya tengok pun telan air liur.. “
” 65 paxs sekarang, berpeluh ketibas semua haha.. Well done team.. Da macam tengok Masterchef Australia. Time penentuan siapa akan tersingkir. Cabaran diberi 2 jam utk vvip atau org awam makan.. Power la sis sheila.. “
Seronok warganet melihat kelincahan Sheila dan teamnya di dapur menyiapkan semua juadah untuk para tetamu. Sheilas sememangnya seorang chef yang hebat, semua menu sedap dan menyelerakan. Semoga Sheila terus maju jaya perniagaannya dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sheila Rusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

