Artis / Selebriti
” Semua failed, memang seksa challenge betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video Sheila Rusly bersama menantu-menantunya bermain Seksa Challenge buat warganet terhibur. Muka masing-masing tu memang tak boleh nak cover langsung. Lawak betul, haha..
Umum mengetahui, Sheila Rusly sangat akrab dengan 2 orang menantunya iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Chitra. Kedua-duanya dilayan seperti anak sendiri dan Shiela digelar mentua kiriman tuhan oleh warganet kerana sikapnya itu. Banyak video content yang Sheila rakamkan bersama ‘anak-anak’ perempuannya ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Siangmalamsheilarusly, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka bertiga melakukan Seksa Challenge. Cabaran ini berupa mereka perlu makan makanan yang tidak mereka sukai dan semuanya ada dijual di restoran Sheila.
Sheila tidak boleh makan daging, Elisya pula tidak suka makan terung sekali pun gulai utara ada terung. Beatrice pula walaupun orang Indonesia, namun dia tidak makan petai dan jengkol. Cara masing-masing cuba makan makanan itu mencuit hati warganet.

Hampir muntah Sheila, Elisya dan Beatrice kerana tekak mereka menolak untuk menelan makanan tersebut. Memetik komen warganet, ketiga-tiganya pakar memasak tapi sayangnya, bukan semua makanan boleh mereka telan. Pecah rahsia Sheila dan menantu-menantunya ini.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 23 ribu tanda suka diberikan oleh warganet sejak perkongsian ini dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Weh dulu aku pun mcm elisya, xleh mkn terung sbb lembik. Byk kali percubaan lama² faveret ko. Hahahahahah. Jgn giveup ok. Teruskan mencubaaaa.. “
” Sya ingtkan sya seorg yg pelik x mkn daging rupanya ada kwn.. Ya Allah.. Keluarga bahagia. Saya doa, saya jadi ibu yg bahagia dan membahagiakan mcm ni juga.. Aamiin2.. “
” Part mama xmkn daging tu sma mcm anak pmpuan sy.. dia xmkn daging jgk haha.. Klu org suruh aqmkn ikan belut k keli haruan aku xkn mkn.mcm ni la reaksi aku.. “
” Faham perasaan itu sebab aku x makan durian jd apa2 makanan yg ada dicampur durian or tempoyak mmg saya xkan sentuh.. tapi sumpah lawak tengok muka Sheila dengan menantu-menantu ni.. “
” Wehhhh tolong lahhhh . Aku yg rse nk muntah tgok dia makan dgg. Sbb Aku xmkn dgg juga. Siann mama Shiela.. kesian tapi sumpah nak tergelak hahah.. “
” Aku menanti sampai hujung. tak ada juara rupanya haha.. Selalu tengok masak kita ingatkan semua mkn.. Rupanya mereka sume ada sisi rahsia guysss.. “
” Hahahaaha,comel la 3-3… semua failed, memang seksa challenge betul. Kelakar lah anak menantu ni, mulut takde filter haha.. “

Berbagai-bagai gaya yang keluar daripada ibu mentua dan menantu-menantu ini. Kalau Tok Sidang yang mengikuti challenge, tentu Tok Sidang akan menjadi juara. Seksa Challenge ini tiada juaranya kerana ketiga-tiganya kecundang di tengah jalan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siangmalamsheilarusly
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

