Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah macam tengok real konsert, world class duo.. ” – Komen Netizen

Video persembahan duet Azeva dan Merrah membawakan lagu Baldu Biru di minggu 6 Talk To My Manager raih pujian daripada warganet. Fuh goosebumps sungguh, paduan suara yang power.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, F8buzz dan Media Hiburan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan anak kepada Ameng Spring dan Datuk’ A. Aida iaitu Azeva bersama anak Dato’ Awie, Putra Ahmad Merrah.

Azeva dan Merrah disatukan atas satu pentas untuk menyempurnakan tugasan minggu 6 Talk To My Manager musim 2 (TTMM2). Walaupun ini kali pertama Azeva dan Merrah berpadu suara, gandingan mereka meraih pujian daripada penonton dan juri.

Lagu Baldu Biru nyanyian asal Dato’ Awie dan Ella dinyanyikan dengan cukup baik oleh Merrah dan Azeva. Satu auditorium bersorak menonton nyanyian anak-anak artis lagenda ini. Azeva dipuji semakin bagus dalam kawalan nafas dan tone suaranya saling tak tumpah seperti Ella.

Merrah pula tidak mengecewakan dan vokalnya seakan-akan bayangan suara Dato’ Awie. Ramai yang memuji kehebatan vokal Merrah dan ianya menyempurnakan lagi persembahan Azeva untuk minggu ini. Memetik komen warganet, persembahan Merrah dan Azeva seperti menonton konsert Gen Z.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Ni ke yg org kata darah seni yang mengalir … Merah tu awie sebijik la.. azeva tiap minggu mantap.. The chemistry and vocal control? Absolutely flawless.. “

” Dah macam tengok real konsert.. world class duo.. merrah suara sebijik bapak dia.. padu betul suara.. meremang aku.. “

” Wow Mini Ameng n Mini Awie just wow. Best mcm tgk konsert wei. Merrah tu serius arr suara sedap.. Fuh puas hati.. gandingan duet mantap mcm final pula.. “

” Giler, kali ni betul betul merrah klon awie.. awie dah boleh berehat.. congrat Azeva dan Merrah.. memang power lah duet korang.. “

” Damn son Azeva’s vocals has improved tremendously.. dapat duet partner yg kebaboom they made that song theirs.. “

” SUARA Merah sebiji Awie.. Azeva semakin menyengat.. Azeva ni suara power, muka power senang ckp semua mmg powerrr.. “

” Terleka aku, ulang banyak kali.. suara merrah tu memang sebijik awie weh. Waris awie dan papa meng.. meremang bulu roma dengar.. dua dua suara padu.. “

Gandingan suara yang membuatkan penonton meremang mendengarnya. Penyambung legasi Dato’ Awie dan Ameng Spring yang ada bakat besar yang mampu menyinari arena seni suara tanah air. Tahniah Merrah dan Azeva atas persembahan yang hebat ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz, IG Mediahiburan  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: teknologi | pendidikan | olahraga | ekonomi | kesehatan | politik