Artis / Selebriti
” Macam mana ni Paknil, adoi pening. Merrah, Zaki, Merrah, Zaki.. ” – Datuk A. Aida
Video Zaki Yamani memberikan kejutan untuk Azeva dan Merrah di pentas Talk To My Manager 2 buat warganet terhibur. Amboi gentleman betul Zaki, siap bagi jambangan bunga untuk Azeva depan Datuk A. Aida. Part Menyanyi lagu Azeva tu melting dengar..
Bagi yang mengikuti perkembangan Zaki Yamani, pastinya sering melihat Zaki live bersama Azeva dan Merrah. Mereka sudah lama bersahabat dan sering bergurau senda bersama-sama. Semalam, Azeva dan Merrah disatukan di pentas Talk To My Manager 2 dan Zaki memberikan satu kejutan untuk 2 sahabatnya ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan, F8buzz dan Tiktok Teetok817 dan dhia.adwaa, telah dikongsikan moment ketika Zaki muncul secara tiba-tiba di atas pentas TTMM2 sejurus sahaja selepas Azeva dan Merrah selesai menyanyi.
Ekpresi wajah Merrah yang terkejut ketika melihat Zaki berada di belakangnya mencuit hati warganet. Zaki tidak hadir dengan tangan kosong. Sejambak bunga diserahkan oleh Zaki khas untuk Azeva. Tidak itu sahaja, Zaki turut menyanyikan sedikit rangkap lagu yang mengatakan anak Datuk A. Aida itu dia yang punya.

Bergema sorakan daripada penonton di auditorium menyaksikan sketsa ‘ cinta 3 segi ‘ antara Zaki, Azeva dan Merrah ini. Zaki juga sempat menyanyikan sedikit lagu Azura dalam versi Azeva di hadapan para penonton. Gentleman sungguh anak teruna Dato’ Jamal Abdillah ini.
Jom tonton video di bawah :
@teetok817
@dhia.adwaa Sweet je Zaki buat surprise kat Azeva dan Merrah 😍😂😂 @Azeva @Zaki Yamani #ttmm #zakiyamani #azeva #trending #baldubiru
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Eye contact ye hehe. azeva okay tak tuuu.. biasa dlm live dh azeva dh blushing.. Paknil kacau la belum abis lagu lagi.. “
” 3 legasi yg mewarisi legasi yg paling unggul dinegara kita, Awie, Jamal dan Ameng.. Anak dato Jamal memang la nakal.. haha sempoi.. “
” Haha cute, tiga tiga kacip. Baru anak jantan gentleman betul zaki datang surprise dengan bunga.. semoga persahabatan mereka bertiga ni berkekalan sampai bila-bila.. “
” Kalau kawen ni xyh panggil artis lain dh. besan je nyanyi hehe.. Awie, Erra, orang ketiga haha.. byk kli ulang biar merrah penat terkejut haha . dua² terkejut zaki buat suprise sweet haihhh.. “
” Aku tgk anak/2 artis ni terimbau pulak zaman mak bapa dorang mase muda dulu.. Azeva ni rare!lawa tapi masuk air sangat n random gila2.. “
” Tu dia anak-anak legend satu frame.. mmg surprised betul . merrah dgn azeva taktau apa apa.. cop terus eh Zaki, confess secara terbuka ni haha.. “
” Merrah punya terkejut tu tak buat-buat. boleh buat sembilu versi baru ni. anak 3 otai bergabung.. menjadi betul surprise zaki untuk azeva dan merrah.. “
Kejutan yang menjadi daripada Zaki untuk 2 sahabat baiknya ini. Apabila 3 anak otai berada di pentas yang sama, meriah dan gempak jadinya. Semoga Merrah, Zaki dan Azeva akan bersahabat sampai bila-bila dan menjadi penyambung generasi ayah masing-masing kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG F8buzz, Tiktok teetok817, TT Dhia.adwaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

