Connect with us

Artis / Selebriti

” Weyhh Hafiz Suip 2.0, macam tengok AJL.. ” – Komen Netizen

Video persembahan Hussain Jamilul Hayat dan Ara Johari membawakan lagu Hafiz Suip dan Adira Suhaimi, Takdir Tercipta di minggu 6 Talk To My Manager musim 2 raih pujian ramai. Paduan suara yang hebat, part Hussain tarik tu meremang dengar.. 

Hussain Jamilul Hayat antara peserta kegemaran ramai di program realiti TV, Talk To My Manager musim 2 ( TTMM2 ). Hussain memiliki kelebihan suara emas yang merdu dan sedap didengar. Lenggok suara Hussain yang merdu dinanti-nantikan oleh penonton.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz dan Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Hussain bersama rakan duetnya, Ara Johari. Bagi tugasan minggu ke 6 TTMM2, Hussain mendapat lagu Takdir Tercipta.

Lagu ini merupakan salah satu lagu hits dendangan Hafiz Suip dan Adira Suhaimi. Pastinya tak mudah untuk Hussain dan Ara menyanyikan lagu ini kerana penyanyi asalnya turut berada di situ. Ramai yang memuji kelunakan suara Hussain dan Ara.

Walaupun ini kali pertama Hussain berkerjasama bersama Ara, keserasian antara mereka mudah dicapai. Tone suara Hussain sesuai membawakan lagu ini dan setanding vokalnya dengan Hafiz. Memetik komen warganet, suara Hussain seakan-akan suara Hafiz.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

”  Sedap suara nya mcm Hafiz Suip pun ada. suara ala2 hafiz, mmg best , nyanyi live tu… bukan nyanyi live hancur.. “

” Orang nak dengar suara sedap. Buat lagu masuk radio, nak dengar layan suara best, lagu sedap. Haha it’s okay Sein, kau dah menang sebenarnya. Menang TTMM ni xpa, platform ni dah tonjolkan bakar kau yg selama ni orang xnampak. Moga byk rezeki lepas ni buat lagu.. “

” Hussain punya vokal yang paling mantap layak bakal juara TTMM musim 2… Weyhh Hafiz Suip 2.0, macam tengok AJL.. “

” Terima kasih hussain and ara sbb bawakan takdir tercipta dengan sangat baik.. your performance tonight is amazing. So proud of you.. “

” Ni baru penyanyi. Sambung legasi yang ada.. sedap sgt. arajohari pon nyanyi sgt bagus tadi.. sedap btul.. “

” Suara sentiasa sedap.. Dengar je dah meremangg.. duet yy serasi dn harap dpt teruskn lepas program TTMM ni… suara dua2 mantap.. “

” Hussain buka mulut je terus goosebump.. gabungan sangat mantap. Part yg hussain tarik dna improvise “selamanya…. Haaa… Aku” dia tinggi kan Dan lenggokkan tu masya Allah merdu betul la haiii.. “

Paduan suara Hussain dan Ara secukup rasa dan menambahkan kelunakan untuk lagu ini. Tidak mustahil selepas TTMM2 nanti, Hussain akan bergandingan bersama Ara lagi. Semoga ada rezeki Hussain untuk meneruskan legasi Jamilul Hayat dalam industri selepas ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG F8buzz   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: teknologi | kesehatan | berita | olahraga | ekonomi | pendidikan