Artis / Selebriti
” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
Video Azar Azmi mendedahkan Ozlynn Wati satu-satunya rakan selebriti yang membantunya ketika dalam kesusahan buat warganet tersentuh. Komen Ozlynn lagi buat bertambah sebak. Part Azar dapat beli ayam goreng untuk anak-anak tu paling touching..
Azar Azmi tidak pernah menduga kehidupannya akan menjadi seperti sekarang. Zaman kegemilangan ditinggalkan demi memenuhi permintaan keluarga mentua dan akhirnya nama Azar musnah gara-gara perbuatan seseorang yang paling dekat dengan Azar.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sembang Seram, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Azar muncul sebagai tetamu dalam podcast Sembang Seram bersama Safwan Nazri. Banyak yang dibicarakan dalam podcast ini melibatkan kehidupan Azar.
Menerusi video ini, Azar mendedahkan satu-satunya nama seorang artis wanita yang sudi menghulurkan bantuan di saat Azar benar-benar dalam kesusahan. Ujar Azar, 3 hari sebelum dia ditahan oleh pihak berkuasa, Azar sempat berhubung dengan isteri kepada pelawak Johan Raja Lawak iaitu Ozlynn Wati.

Bantuan zakat yang Ozlynn hulurkan kepada Azar sangat bermakna pada ketika itu. Wang itu lah yang digunakan oleh Azar untuk membeli susu dan pampers anak-anaknya. Lebih menyedihkan, asbab wang Ozlynn itu lah Azar mampu memenuhi permintaan anak-anak untuk makan ayam goreng.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 6000 tanda suka daripada warganet yang telah direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Johan dgn ozlyn laki bini tu memang baik banyak kebaikan diorg buat tapi diorg tk tunjuk pun.. “
” Titik terendah seorang perempuan ialah bilamana dia xmampu nak tunaikan permintaan atau kehendak anak dia.. “
” Ozlyn ni bagus. Xde pun dio dedah itu ini… Tolong dlm diam. Itu yg bagus.. ya Allah sedihnya bila part anak mintak ayam tu.. “
” Kadang kadang Kita Rasa Kita dah Susah,merungut mcm2 rupanya org lain lagi Susah.. Ozlyn tu drpd zaman bdk flet mmg dia mcm tu.. Tu sebab hidup dia Alhamdulillah dipermudahkan segalanya.. “
” Besar pahala buat ozlynn wati asbab mmbntu org dlm kesulitan..zakat yg diberi dpt azar beli keperluan ank²..semoga Allah limpahkn rezeki brpnjgan buat oźlynn..Aamiin.. “
” Weiii sedih…. x semua org nk dgr cerita kita & tolong kita time susah. Bagus laa didikan johan kn…satu per satu terserlah kbaikan kt bini dye.. “
” Orang yg teranya ni,Allah akan lindung Dan banyak orang sayang.. Aku dga podcast dia td sedih weyh. Aku meleleh airmata.. “
Ozlynn turut meninggalkan komennya di posting ini :

Ujian setiap manusia berbeza-beza dan Allah tidak pernah menguji hambanya melebihi kemampuan hambanya itu sendiri. Terima kasih untuk Ozlynn kerana menjadi insan yang baik dan memberikan contoh kepada semua. Semoga Azar akan meneruskan kehidupannya bersama anak-anak dengan lebih baik selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sembangseram , IG Jozlynhanania
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

