Connect with us

Artis / Selebriti

” Faham perasaan tu, 7 tahun bukan masa yang singkat. Trauma hidup dia.. ” – Komen Netizen

Video Azar Azmi menangis kerana terlalu gemuruh pertama kali kembali ke set penggambaran selepas 7 tahun menyepi menyentuh hati ramai. Alahai kesiannya Azar, macam tu sekali dia punya trauma.. 

Meninjau di akaun Instagram milik Azar Azmi, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Azar pertama kali kembali ke set penggambaran bagi sebuah drama lakonannya. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila melihat keadaan Azar yang kelihatan cukup emosional pada ketika itu.

Menerusi video berkenaan, Azar dilihat sedang duduk di dalam sebuah kereta sambil menahan sebak. Difahamkan, Azar berasa gementar untuk kembali menjalani penggambaran selepas tujuh tahun meninggalkan dunia lakonan. Wajahnya jelas menggambarkan pelbagai perasaan yang bercampur-baur sebelum melangkah semula ke set.

Namun, Azar akhirnya tidak dapat menahan perasaan sedih dan terus menitiskan air mata. Kedengaran juga suara seseorang yang berada di situ memberikan kata-kata semangat serta sokongan buat Azar agar terus kuat menghadapi detik tersebut. Situasi itu turut membuat ramai tersentuh hati melihat keikhlasan emosi yang dipamerkannya.

Menerusi video kedua pula, dipaparkan beberapa babak lakonan Azar dalam drama yang sedang dibintanginya. Ramai yang memuji mutu lakonan Azar yang dilihat masih mantap dan penuh penghayatan meskipun sudah lama tidak muncul dalam dunia hiburan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Faham perasaan tu, 7 tahun bukan masa yang singkat.. Kami pun sgt²rindu nk tgk lakonan kamu.. Moga baik²utk buat kamu Azar.. “

” Welcome back champ.. Alhamdulillah rezeki Azar berkat SABAR/BERTAHAN DEMI ANAK-ANAK.. Allah gantikan dengan rezeki lebih baik Insyaallah.. “

” Stay strong kak Azar Azmi.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Welcome back.. Rindu lakonan kak Azar.. “

” Bilamana kita meninggalkan kerjaya demi org lain bukan dr lubuk hati, bila diberi peluang lagi utk kerjaya Allahu sebak terharu takut semua ada.. “

” Trauma hidup dia… Slow2 Azar InsyaAllah ada pelangi slps hujan.. Be Strong. Semoga dipermudah segala urusan. Aamiin.. “

” Sy faham. Diam malu dia segan.. Good luck azar.. Bee strong.. Makin murah rezekinya.. Terbela nasib anak2.. No turning back.. “

” Wow, tak sabar, suka tgk lakonan Azar weiii.. Alhamdulillah.. Moga terus berjaya.. Welcome back my idola.. “

Perkongsian video tersebut turut dihujani pelbagai komen positif daripada para peminat. Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan mendoakan agar Azar Azmi terus kuat serta berjaya menempuh fasa baru dalam kehidupannya. Tidak kurang juga yang meluahkan rasa gembira melihat Azar kembali aktif dalam dunia lakonan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bambam_studios

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak

Berita Terkait: pendidikan | hiburan | kesehatan | ekonomi | politik | berita