Artis / Selebriti
” Dia modal itu je lah kalau buat apa-apa. Syurga buat mu, syurga buat mu.. ” – Erra Fazira
Video Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain berborak ketika sedang live mengenai persiapan sahur pada bulan Ramadan nanti mencuit hati ramai. Part Ezwan menyakat Erra nak keredhaan suami tu win, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik celebvibe_editzz, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan rakaman live pasangan pengantin baru, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain beberapa hari lalu ketika mereka di Jeddah selepas menunaikan ibadah umrah.
Menerusi live itu, Erra dan Ezwan dilihat begitu mesra berinteraksi serta melayan pelbagai komen daripada pengikut yang bertanyakan khabar dan keadaan mereka sepanjang berada di Tanah Suci. Sikap mereka yang bersahaja membuatkan suasana live tersebut menjadi lebih santai.
Dalam pada itu, terdapat juga warganet yang mengingatkan bahawa tidak lama lagi umat Islam bakal menyambut bulan Ramadan serta menasihati Erra agar menyediakan juadah sahur buat suaminya. Perkara tersebut mencetuskan perbualan ringan antara pasangan berkenaan.

Erra berkata dia hanya makan buah kurma sahaja ketika bersahur dan bertanya kepada Ezwan sama ada dia seorang yang makan pada waktu sahur. Seloroh Ezwan, sekiranya Erra menyediakan juadah sahur untuk dirinya, dia akan redha dan menyatakan bahawa syurga buat Erra. Mendengar kata-kata tersebut, Erra turut berdekah ketawa sebelum mengusik Ezwan kembali.
Tonton video di bawah ini :
@celebvibe_editzz Live at Jeddah Mr E & Mrs E Part 1 | Kira sama² untunglah kan Abg Ezwan, sorg dpt crush sndiri lgi sorg dpt tokey kueh hari² boleh mkn kuih🫣🤣 Btw korg jngn lupa tnggu poster buffet Ramadhan from Kueh Cafe nnt tau😉 (Live semalam di tt Kak Errafazira) #cintaabadi #fyp #errafazira #ezwanzain
@celebvibe_editzz Live at Jeddah Mr E & Mrs E Part 2 | Hahaha lawak btul laa pengantin kita nii🤣Mr E duk main kuasa suami yee🫣 Aamiin, moga doa² yg baik Abg Ezwan & Kak Erra panjatkan disana Allah kabulkan smuanya🤲🏻❤️ #errafazira #ezwanzain #fyp #cintaabadi
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduiii lenguh pipi aku sengeh sorang2.. Kuat menyakat betulah masing-masing.. Memang nampak enjoy je suami isteri ni.. “
” Susah nk dapat suami mcm nir baik n romantic bertanggungjawab.. Untung Erra…. Semoga Erra dan Ezwan kekal bahagia.. “
” Suka tengok pasangan ni tak mengada², semoga Erra dgn suami bahagia sampai ke jannah, amin, aminnnnn.. “
” Kelakarnya dua2 nmpk sangat lama dah sorg makan sendiri mmg habis kn sendiri, ahahahahaha… Cute tengok.. “
” MasyaAllah sy pown dpt rasa betapa Mr & Mrs E very very very love each other. Semoga bahagia hingga syurga.. “
” Mr E buat Umrah muka makin cerah badan pun berisi better than before allhamdullah semoga mereka kekal ka jannah.. “
” Bila mata dah bertentangan mata.. Dari mata turun ke hati.. Saya pula blushing tengok.. Rasa bahagia tengok pasangan ni.. “
Perkongsian video itu bukan sahaja memperlihatkan kemesraan pasangan pengantin baru ini, malah turut menghiburkan ramai pengikut yang mendoakan kebahagiaan mereka. Ramai yang meluahkan rasa teruja melihat hubungan Erra dan Ezwan yang penuh dengan gurauan manja serta berdoa agar mereka terus berbahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok celebvibe_editzz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

