Artis / Selebriti
” Masa YB baru sampai tu songkok YB memang senget. Bella gelakkan YB. So dia tolong betulkan.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah membantu membetulkan songkok YB Syed Saddiq ketika di majlis pertunangan adiknya, Didi Astillah curi perhatian ramai. Sempat lagi Bella gelak sebelum betulkan ye. Sweet betul dua-dua ni..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gelagat pasangan yang sedang hangat bercinta, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq. Perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai apabila kedua-duanya tampil sedondon dalam persalinan tradisional Melayu di majlis pertunangan adik Bella iaitu, Didi Astillah.
Menerusi video itu, Bella kelihatan begitu anggun mengenakan baju kurung moden, manakala YB Syed Saddiq pula segak berbaju Melayu lengkap bersongkok. Penampilan mereka yang sedondon membuatkan ramai peminat tidak jemu menonton perkongsian berkenaan.
Pada awal rakaman, Bella dilihat ketawa kecil sambil meminta YB Syed Saddiq membetulkan songkoknya yang kelihatan senget. Moment spontan itu kemudiannya disusuli dengan perbualan mesra antara mereka berdua yang berada di kalangan jemputan yang hadir.

Perkongsian video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, terutamanya peminat Bella dan YB Syed Saddiq. Ramai yang meluahkan rasa teruja serta tidak sabar untuk melihat pasangan ini melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan mereka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sekali kita pun senyum tak habis tengok video ni tau, hehe.. Alahhhh tak sabar dah kita nak tengok dua-dua ni naik pelamin tau.. “
” Laju yer Era. Lagu tu pun main peranan betul, hahaha.. Jom kita doa yang baik2 utk YB dan Bella.. Amin.. Amin.. “
” Vitamin dah mai dahhh gang.. Masa YB baru sampai tu songkok YB memang senget. Bella gelakkan YB. So dia tolong betulkan. Sapa tgk live td faham la.. “
” Songkok YB SS mesti senget sentias, hehe.. Semoga bella dan yb… Sampai ke jinjang pelamin… Aamiin Aamiin ya rabbal Alamin.. “
” Saya dah ready dari tahun lepas nak merewang dekat majlis Yb. Hari hari practise kupas bawang dgn pisau kiwi mak saya yang tajam tu.. “
” Alhamdulillah.. Bella dah tegakkn songkok YB ..JALAN TEGAK dah.. Tak sabar saya nk join majlis merewang Bella dan YB nanti.. “
” Aku senyum2 sampai ke telinga weiiiii dapat vitamin macam ni.. Terus rasa kuat dan sihat hari ni, hahaa.. “
Ada juga yang berseloroh mengatakan mereka sudah setahun ‘berlatih’ memotong bawang sebagai persiapan untuk majlis merewang pasangan ini kelak. Apa-apa pun, moment itu bukan sahaja menghiburkan, malah turut mencetuskan doa dan harapan agar hubungan Bella dan YB Syed Saddiq terus berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

