Artis / Selebriti
” Dia pengsan tu tadi depan anak-anak, depan abang dia. Dia boleh tak sedar kepala dia terhantuk.. ” – Dato’ Red
Video Dato’ Red kongsi kisah mendebarkan ketika Adira Suhaimi tiba-tiba pengsan di rumah buat ramai risau. Kesiannya Ami, sampai pucat muka dan biru bibir. Menangis Anggrek tengok keadaan Ami masa tu. Dato’ Red pun menangis risau..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kunci Si Merak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Red berkongsi cerita mengenai bekas isterinya, Adira Suhaimi. Semalam telah terjadinya satu kejadian yang tidak diduga untuk Dato’ Red dan seluruh ahli keluarga Adira.
Kata Dato’ Red, Adira tiba-tiba sahaja jatuh pengsan petang semalam. Situasi agak mendebarkan kerana Adira pengsan di hadapan adik beradiknya dan anak-anak mereka. Lebih menyakitkan Adira kerana ketika jatuh kepala Adira terhantuk pada chiller.
Dato’ Red mengakui air mata jantannya gugur apabila melihat keadaan Adira. Ketika Adira sedar daripada pengsan, muka Adira pucat dan bibirnya kelihatan kebiru-biruan. Tidak keruan Dato’ Red ditambah pula anak sulung mereka, Anggrek menangis melihat keadaan Aminya.

Ramai yang menzahirkan kegusaran mereka kerana Adira terlalu kuat bekerja dan tidak cukup rehat. Warganet juga mengharapkan agar Dato’ Red mempercepatkan majlis pernikahan mereka supaya Dato’ Red boleh menjaga Adira. Dato’ Red juga menunjukkan 2 bentuk cincin Adira yang diamanahkan oleh Adira untuk disimpan olehnya.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@kunci.si_merak Moga cepat sembuh Ami. Terbaik tok..tunggu Ami #abgred #adirasuhaimi #tiktoklive #fyp
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Patut tengok story tok semalam nangis.. semoga ami cepat sembuh dan sihat seperti biasa.. kena banyakkan rehat ami tu.. penat sangat.. “
” Ami tu penat sangat bekerja.. dekat rumah pun buat kerja jugak sebab tak nak menyusahkan maid sepenuhnya.. “
” Semoga Ami cepat sembuh.. Aamin.. jaga lah ami elok-elok tok.. ami penat sangat tu.. kita pun tengok tok sedih semalam.. “
” Memang nampak tok sedih tp dia buatlah jg klakar untuk hilangkan sedih.. Kami doakn semoga ami cepaat sembuh.. Aamiin.. “
” Semalam tok memang menangis dan sedih.. kelihatan dari muka tok.. tapi dalam sedih tok tetap nak berlawak juga.. “
” Semoga Ami cepat sembuh.. Tok tak rugi tok nangis sebab Ami kan baik layan Tok.. menyempat tok buat lawak.. “
” Geram pulak lahai aku dengan tok red ni.. sempat ajer dia nak melawak.. aku kan tok ni.. moga cepat sembuh Ami.. “
Siapa yang tidak cuak dan risau melihat keadaan Adira sebegitu. Mungkin Adira perlu berehat seketika untuk tubuhnya sembuh sepenuhnya. Semoga Adira cepat sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Sama-sama juga kita mendoakan agar Tok Red dan Adira dipermudahkan segala-galanya untuk kembali menjadi suami isteri yang sah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kunci Si Merah, IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

