Artis / Selebriti
” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
Muatnaik beberapa gambar anak-anak murid meraikan hari lahir suaminya, Cikgu Azlan di sekolah, perkongsian dan ucapan daripada Elly Mazlein buat ramai terhibur. Part nama baru tu memang lawak lah Kak Lina, haha..
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, pasti ramai yang mengenalinya. Elly bukan sahaja seorang penyanyi, malah turut dikenali sebagai pelakon dan pengacara popular. Telatahnya yang lucu sering membuatkan warganet tidak kering gusi ketawa kerana terhibur dengan gelagat spontannya.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan suaminya, Cikgu Azlan diraikan oleh para pelajar sempena hari lahirnya. Tulis Elly di ruangan kapsyen, anak-anak murid suaminya merupakan yang pertama meraikan hari istimewa itu.
Dalam satu lagi hantaran, Elly turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat Cikgu Azlan. Perkongsian tersebut sekali lagi menarik perhatian ramai, dan rata-rata warganet begitu terhibur membaca kapsyen bersahaja yang ditulis oleh Elly itu.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen, Elly turut meninggalkan komen lucu sambil memperkenalkan dirinya dengan nama baharu. Sehingga kini, perkongsian oleh Elly tersebut telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, selain terhibur, rata-rata warganet turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari lahir kepada Cikgu Azlan. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan ialah:
” Hahahahaha Kak Lina lawak lah.. Happy Birthday Cikgu Azlan smg sentiasa bahagia dismpg Sharifah kepom no syahtu.. “
” Hahaha dekah. Baca mula2 nama elok je. Tiber tang nama samaran hahahahahahha lingkupp.. Kak Linaa ni masuk air betul.. “
” Sila bukak persatuan Pengakap Group 2 pleaseee.. Piibedayyy Cikgu Azlannnnnn peminat Kak Syarifaahh.. “
” Selamat hari jadi cikgu, saya wakil puteri Islam, cikgu Sharifah tetap no 1 dihati kami.. Hehehee.. Semoga bahagia bersama cikgu Sharifah yer cikgu..”
” Happy Birthday cikgu Azlan…Semoga stiasa dlm rahmat n kasihsyg Allah…. Pnjng umur luas rezeki n bhgia dsamping keluarga terchintah smpi syurga Allah… Aamiin YRA.. “
” From one teacher to another teacher: Happy Bornday Cikgu Azlan.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. “
” Happy birthday cikgu. Smg mewah rezeki selalu, trafik light selalu hijau,cepat pergi haji bersama kak kak lina.. diberikan kesihatan yg baik, dijauhi pandangan & niat jahat manusia. Ameen.. “
Walaupun apa yang ditulis oleh Elly itu berunsur kelakar, namun ramai yang mengetahui yang Elly sebenarnya seorang isteri yang romantik dengan suaminya. Apa-apa pun, pada kesempatan ini, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat Cikgu Azlan, semoga terus bahagia bersama Elly dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

