Artis / Selebriti
” Dia sebut jikalau tu pun dah berdekah aku. Gangster cap apa ni Amayan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan bercerita mahu berlakon watak gangster macam Sharnaaz Ahmad buat ramai terhibur. Part Amayan cuba berlakon jadi gangster tu berdekah gelak dibuatnya. Alamak lain macam betul Amayan punya gangster ni, hehe..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ohbulan dan Datin Shahida Dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ammar Ahyan ketika mewakili syarikat Dherbs ke majlis penyerahan zakat bersama Majlis Zakat Selangor. Selepas majlis, Ammar ditemubual oleh para wartawan.
Selain soalan mengenai syarikat Dherbs, Ammar turut disoal mengenai kecenderungannya dalam bidang seni. Kata Ammar, dia tidak pandai menyanyi, tetapi disuruh menyanyi. Dia juga tidak pandai mengacara tetapi disuruh mengacara, namun semua itu diterima baik oleh Ammar kerana banyak perkara baru yang dipelajari.
Namun kata Ammar, dia suka berlakon dan sekiranya diberikan peluang untuk berlakon, dia mahu berlakon dalam filem aksi dan bukannya filem komedi. Filem lakonan Sharnaaz Ahmad, Blood Brothers dan watak gangster Sharnaaz dalam filem itu paling disukai oleh Ammar.

Ammar cuba menunjukkan bakat lakonannya kepada umum dengan menjadi seorang gangster. Terhibur warganet mendengar dialog yang keluar dari mulut Ammar. Komen warganet, Ammar seperti gangster yang penuh dengan sopan santun dan ayat bahasa baku serta bertatabahasa lengkap.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rasanya kalau Ammar jadi watak gangster: “Serahkan wang saku anda, jika tidak saya akan berdukacita”. Well done, Ammayan. Akan support always.. “
” Good looking young man with great manners Alhamdullilah. Saya suka cara dia bercakap tutur kata, ada aura sincerity & honesty.. “
” Amayan mungkin akan jadi watak Gengster paling sopan & berwibawa No.1 di dunia.. Terhibur tau interview Amayan. Yang penting dia tak lupa nama Datin dengan Datuk. Anak yang baik. Semoga Amayan berjaya jadi usahawan Dan pemimpin.. “
” Ammayan ptt jd pelawak.. sbb dia kelakar. Dialog gangster dia mcm pesanan khidmat masyarakat haha.. lucu lah amayan ni, aku suka betul dengan dia ni.. “
” “Serahkan wang encik, saya sedang kutip hutang” haha.. ni kalau berlakon Blood Brothers 2 mesti gempak.. Gangster bertatabahasa ni amayan.. “
” Weh berdekah aku lah.. Jikalau awk tak nak mati pesanan khimat masyarakat ini di bawakan oleh amayan.. gangster sopan ni.. “
” Gangster pun soft spoken haha.. macam mana wartawan boleh tahan gelak eh. aku dah terbahak dengar ayat amayan berlakon tu.. dia sebut jikalau tu pun dah berdekah aku, gangster cap apa ni amayan haha.. “
Andai ada yang mengambil Ammar menjadi pelakon, tentu ramai yang ingin menonton lakonan Ammar. Jadi gangster pun penuh sopan santun ayatnya. Bayangkan Ammar bergandingan bersama Sharnaaz, entah apa lah jadinya, confirm Sharnaaz pun bertukar menjadi Naga, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Datin Shahida Dherbs, Tiktok Shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

