Artis / Selebriti
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya.. ” – Komen Netizen
Video Nadzmi Adhwa menjawab isu yang mempersoalkan kenapa dia tidak pergi menggantikan isterinya, Ardell Aryana menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla. Ini sebabnya yang ramai tak tahu..
Umum mengetahui salah seorang yang telah menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla adalah pelakon dan usahawan Ardell Aryana yang juga merupakan isteri kepada pelakon, Nadzmi Adhwa. Menerusi perkongsian di Instagram radio Era, telah dikongsikan video yang memaparkan Nadzmi menjadi tetamu jemputan.
Menerusi video itu, Nadzmi ada ditanya mengapa dirinya sendiri yang tidak pergi menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla itu, tidak menggantikan tempat Ardell dan membenarkan Ardell sahaja yang pergi. Jawapan Nadzmi, misi kemanusiaan ini sebenarnya telah dilakukan dirinya dan Ardell sebelum mereka berkahwin lagi.
Bukan itu sahaja, Nadzmi berkata, dia juga memohon untuk pergi menyertai misi tersebut, namun namanya tidak terpilih atas sebab-sebab yang ditetapkan. Bahkan tambah Nadzmi, dia redha pemergian Ardell menyertai misi itu kerana Allah yang memilih Ardell.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang tersentuh mendengar apa yang dikatakan oleh Nadzmi dan memberikan kata-kata semangat buat Ardell serta Nadzmi. Sehingga kini, video temubual Nadzmi di konti Era itu telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ooo baru tahu itu sebab kenapa Ardell yang pergi, bukan suaminya. Semoga urusan Ardell dipermudahkan oleh Allah.. “
” MashaAllah.. Allahu Ardell insan terpilih. SubhanAllah. Isteri Syurga Nadzmi. Cemburunya, kecik2 cili padi Ardell sayang.. “
” Tak habis habis persoalkan kenapa. Bini dia tu jihad ke jalan Allah. Kalau Allah berkehendak smua jd. Kalau Allah tak berkehendak kau buat la mcm mana pun tak boleh.. “
” Letakkan diri kita di tempat mereka yg memerlukan dan dengan niat yg betul lillahitaala, inshaAllah, semuanya mudah dan berjalan lancar.. “
” Bagusnyaa dorang semoga kita semua dapat inspirasi daripada mereka.. Suami isteri yg hebat. Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga kalian.. “
” Pernah tengok tak cerita Mulan.. Nak ikut misi besar macam ni bukan boleh volunteer angkat tangan boleh pergi. Semuanya berdasarkan pemilihan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.. “
” Once suami redha. Cukup dengan redha suami dan kita doakan yang terbaik buat semua. Takde siapa boleh persoalkan.. Hope this clarifies.. “
Tersentuh dan terharu mendengar apa yang dikatakan oleh Nadzmi, sesungguhnya pemergian Ardell untuk misi tersebut mendapat redha daripada suaminya. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga urusan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ini dipermudahkan dan berharap perjalanan mereka pergi serta pulang selamat dilindungi oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, nadzmiadhwa, ardellaryana
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

